DAP Patut Tanya YTL Kenapa Tambang ERL Naik, Bukan Cuba Alih Tumpuan Pada Kerajaan

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming membidas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan menuntut penjelasan mengapa beliau membenarkan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 dinaikkan menjadi RM55 daripada RM35.

Menurut pemimpin DAP itu, sejak pembukaan rel lanjutan ke KLIA2, KLIA Express menyaksikan peningkatan hampir 40% dalam jumlah penumpang sehingga enam unit kereta api baru terpaksa ditempah pada akhir 2014.

Katanya, peningkatan dalam bilangan penumpang pasti akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan KLIA Express.

Sungguhpun kuasa meluluskan kenaikan tambang terletak kepada kerajaan, namun DAP tentu sedar bahawa ERL merupakan milik swasta yang pemegang saham utamanya ialah YTL Corporation Berhad.

Mengapa DAP tidak membelasah YTL sebelum menegur kerajaan? Apakah kerana YTL mempunyai hubungan baik dengan Tony Pua salah seorang ahli Parlimen DAP?

Semalam, syarikat itu mengumumkan bahawa tambang baru bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Ia menyaksikan kenaikan kadar tambang sebanyak 57% – dari RM35 kepada RM55.tambang KLIA ekspres akan meningkat.

Namun apa yang DAP tidak faham atau sengaja sembunyikan fakta ialah dengan menggunakan pengangkutan Bas dari KL Sentral ke KLIA hanya memakan kos RM10 sahaja. Jadi orang ramai ada pilihan untuk menggunakan Bas atau ERL.

Demikian juga perjalanan ke Putrajaya dan Cyberjaya mempunyai rangkain bas yang cekap dan selesa.

Apa pun kita harus sedar, ERL ialah satu sistem pengangkutan swasta yang mensasarkan golongan ahli perniagaan dan pelancong. Kos pembinaan berbilion ringgit ditanggung oleh pihak swasta dan pelabur tentu perlu membuat keputusan perniagaan bagi memastikan mereka mampu membayar pinjaman dan mendapat keuntungan dari pelaburan mereka.

Sumber:http://www.mykmu.net/2015/12/erl-kenapa-dap-tanya-kerajaan-bukan-ytl/