Debat Antara Penyokong Tun Dan Penyokong Najib

Berikutan perdebatan dengan penyokong tegar Tun M yang menuduh Najib sebagai pro Amerika dan pro Yahudi kerana terserempak dengan Benjamin Netanyahu (selama beberapa saat sahaja), saya tiada pilihan selain mendedahkan hipokrasi mereka.

Anda cuba berdebat perkara yang bukan-bukan dengan saya dan saya akan terus mendedahkan ‘anugerah Allah’ anda.

Ketika masih bergelar Perdana Menteri, Tun Mahathir berjumpa dengan Presiden USA George W Bush pada tahun 2001 di Shanghai dan pada Mei 2002 di Washington DC.

Pertemuan pada Mei 2002 berlangsung hanya beberapa bulan selepas Bush mula menyerang Afghanistan pada October 2001 dan kemudiannya selepas pertemuan ini, Bush mula menyerang Iraq – kedua-dua serangan ini telah menyebabkan berjuta kematian. Ayah Bush, George H.W Bush juga menyerang Iraq ketika Perang Teluk pertama – menyebabkan beratus ribu kematian.

Akhbar Australia, The Age menuduh Tun M membelanjakan USD1.6 juta untuk melobi bertemu dengan Presiden Bush di Washington DC. http://www.theage.com.au/news/world/did-mahathir-pay-16m-to-meet-bush/2006/02/15/1139890806086.html

Tun M juga bertemu dengan Soros pada tahun 2012 di pejabat Tun Mahathir. Kepada sesiapa yang lupa, Soros merupakan orang yang dituduh Tun sebagai yang bertanggungjawab menjahanamkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997-1998.

Yang menakjubkan adalah, Tun M tidak lagi peduli yang Soros ‘menjahanamkan’ ekonomi Malaysia – yang menyebabkan berdozen syarikat besar muflis dan berjuta lagi mengalami masalah kewangan.

Soros juga memiliki 29% kepentingan MalaysiaKini dan penaja utama Human Rights Watch (termasuk Phil Robertson) yang seringkali menghentam Malaysia dan menuntut pembebasan Anwar.
—–
MalaysiaKini 29% dimiliki oleh kepentingan Soros:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1622420224643432:0

Soros menaja Human Rights Watch: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1626320774253377:0

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1742467589305361&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater