Di Mana Silapnya Kenyataan Ahmad Maslan

“…Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup.Online business boleh buat weekend juga…..” – Datuk Ahmad Maslan
——-
Komen terbuka kepada Dr Maza:

1. Saya percaya status beliau ini (gambar) ditujukan kepada Datuk Ahmad Maslan. https://goo.gl/hQb4bY

2. Jika benar, saya ingin katakan sesuatu kepada Tuan Mufti ini. Disebabkan dia (Ahmad Maslan) Menteri yang waras, cerdik dan tangkas menyelesaikan masalah rakyatlah, selaku timbalan menteri MITI beliau mengsyorkan perniagaan online sebagai “second job”.

3. Untuk pengetahuan Datuk Seri Mufti Perlis (Maza), agama Islam mengajar umatnya berusaha untuk mencari kesenangan & kekayaan. Agama Islam melarang umatnya meminta-minta. Malah perniagaan adalah perkerjaan yang Nabi dan para Sahabat lakukan. Jadi di mana silapnya kenyataan Datuk Ahmad Maslan? Adakah Datuk Mufti mahu rakyat meminta-minta dan menjadi pemalas?

4. Jika apa yang dikatakan oleh Datuk Ahmad Maslan ini salah, jadi untuk apa Allah turunkan wahyu ini?

“Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan.” (al-A’raf: 168)

5. Bagaimana pula dengan sabda nabi : “… Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka rnemberinya atau menolaknya…”

6. Apa guna diberikan akal yang bijak dan tangkas tetapi tidak digunakan menjadi “Pak Mufti” untuk menerangkan kepada umat Islam hakikat sebenar apa yg Allah dan Nabi ajar? Apa kelebihan jawatan yang dibayar gaji dan diberikan segala peruntukan Istimewa sebagai seorang mufti tetapi masih menimbulkan bibit-bibit kebencian rakyat serta persepsi yang jelas dilarang oleh agama?

7. Tak guna dilaungkan Azan 5 kali sehari menyarankan umat Islam mencapai kejayaan jika umat Islam memiliki seorang mufti bermanhaj seperti Khawarij.

8. Itu adalah sekiranya beliau tuju kepada kenyataan Datuk Ahmad Maslan. Jika bukan, abaikan sahaja komentar saya di atas. Maka saya nasihati Dr Maza jumpa pakar Psychiatrist, jarang orang berbicara jika tiada “angin yang bertiup”.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=557271687773223&set=a.101594550007608.3999.100004711893521&type=3&theater