Dr Mahathir Telah Dituduh Menjadi Dalang Untuk Menggulingkan Perdana Menteri

Dr Mahathir telah dituduh menjadi dalang untuk menggulingkan Perdana Menteri dan dalam kebanyakan masa, Khairuddin Abu Hassan dikatakan bertindak mengikut arahan negarawan itu dalam kempen beliau menentang 1MDB.

Tetapi Khairuddin menafikan tuduhan itu walaupun beliau dikatakan sanggup menggadaikan nyawa untuk mantan Perdana Menteri itu, yang beliau begitu kagumi.

“Apabila orang lihat wajah saya, mereka pasti akan kaitkan saya dengan dengan beliau (Mahathir). Itu tak betul (anda lupa ke anda duduk di sebelah Mahathir di Forum Nothing2Hide?)

“Dalam hal perjuangan saya untuk mencari kebenaran terutamanya yang berkaitan dengan 1MDB, saya tidak pernah membincangkan walau satu perkara pun dengan Mahathir,” ujar Khairuddin.

Dengan menegaskan yang beliau bukan ‘Budak Suruhan Mahathir’, Khairuddin menyifatkan ia sebagai persepsi yang salah.

Jika ianya benar, beliau berkata beliau sudah pasti akan menjadi menteri kanan pada tahun 1998.

‘Dr M tidak perlukan budak suruhan’.

Walaubagaimanapun, beliau berkata beliau adalah ‘penyokong tegar’ bekas perdana menteri itu, yang mentadbir negara ini lebih dari 2 dekad.

“Saya sangat memandang tinggi Tun,” kata beliau sambil menambah Tun tidak pernah menipu.

Khairuddin berkata, kaitan dengan Mahathir mungkin timbul apabila beliau menerbitkan buku kontroversi “50 Dalil mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri” pada tahun 1998.
——
Tetapi Tun M terkenal dengan ‘menyerongkan kebenaran yang melampau’ baru-baru ini. Berikut adalah contoh:

1) Beliau menyerongkan kebenaran dengan berkata Malaysia antara 10 negara paling korup di dunia walaupun kedudukan kita di tangga ke 50 paling kurang gejala rasuah dari 174 negara di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2014 (kita semakin meningkat setiap tahun dari tahun 2009)

2) Beliau kemudiannya menyerongkan kebenaran dengan berkata tanah TRX bernilai RM7,000 sekaki persegi dan tanah Bandar Malaysia bernilai RM1,000 sekaki persegi dan 1MDB hampir mendapatnya secara percuma. Beliau kemudiannya mengulang kembali kenyataannya hari ini.

3) Beliau sekali lagi cuba menidakkan sejarah apabila berkata beliau tidak mendapat walau sesen pun dari orang Arab apabila beliau membina UIAM walaupun dalam laman web UIA sendiri telah tercatat derma yang dihulurkan dari Timur Tengah.

4) Beliau kemudiannya berkata beliau hanya membelanjakan RM10 juta di dalam dana kempen untuk Barisan Nasional untuk setiap PRU. Memandangkan anda boleh membuat kira-kira dengan baik, saya langsung tidak kisah mengenainya tetapi persoalan di sini adalah jika hanya RM10 juta dibelanjakan untuk setiap PRU, mengapa begitu banyak proksi yang memegang wang UMNO dan mengapa UMNO perlu memiliki sebegitu banyak syarikat? Dan mengapa beliau perlu menyerahkan RM1.2 bilion kepada Pak lah apabila beliau bersara?

Pada perbelanjaan RM10 juta untuk setiap satu PRU, RM1.2 bilion adalah mencukupi untuk membiayai 120 PRU untuk tempoh 600 tahun.

5) Sekali lagi, Tun M cuba berdolak-dalih apabila beliau berkata kerajaan telah memaksa Pengarah SPRM mengambil cuti panjang apabila sebenarnya pengarah tersebut terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang dan memerlukan masa 2 bulan untuk sembuh.

6) Tun M sekali lagi cuba menafikan kebenaran apabila beliau berkata kesemua loji janakuasa yang dibeli oleh 1MDB akan lupus tidak lama lagi dan sebenarnya boleh dibeli sebagai ‘besi buruk’. Rupanya hanya 3 dari 14 loji yang akan lupus di dalam tempoh 5 tahun berikutnya (paling awal 3 tahun) dan satu loji sudah diperbaharui perjanjiannya.

7) Tun Mahathir juga menyerongkan kebenaran apabila berkata 1MDB terlebih bayar untuk kesemua loji janakuasa itu. Rupanya dalam tender terbaru yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk penjualan kesemua aset tenaganya, mereka menerima beberapa bidaan bernilai RM20 bilion ke atas untuk perniagaan janakuasa mereka (1MDB membayar RM8 bilion untuk membeli kesemua loji ini).

8) Tun M mendakwa kerajaan tidak pernah menjawab soalan beliau berkenaan bagaimana RM42 bilion itu dibelanjakan sedangkan ianya sudah dijawab banyak kali oleh Perdana Menteri, oleh 1MDB sendiri dan oleh Menteri Kewangan Kedua di dalam satu temubual langsung di televisyen. Tun M sebenarnya enggan menerima atau mengiktiraf jawapan yang telah diberikan dan terus-terusan mengulang tuduhan yang sama.

Penjelasan selama sejam ‘Di Mana Wang RM42 bilion’ dan majoriti terlalu malas untuk menonton tapi masih lagi ingin mempercayai RM42 bilion hilang!

9) Tun M juga cuba memutarbelitkan kebenaran apabila beliau berkata perhimpunan jalanan boleh diterima untuk menggulingkan Perdana Menteri sedangkan beliau sendiri selama berdekad tidak menerimanya dan hanya yang kurang cerdik akan menyertai perhimpunan BERSIH. Dengar sendiri apa yang beliau katakan 3 tahun lepas.

Dan jika anda ingin mengetahui apa yang dilakukan beliau mengenai perhimpunan jalanan ini, lihat sendiri video beliau – bersama-sama dengan beratus anggota polis lengkap dengan mesingan dan raifal automatik di dalam kereta perisai di jalanraya KL.

10) Beberapa bulan yang lepas, Tun M juga memberikan temuramah kepada New York Times, kepada BBC dan The Australian apabila beliau menggunakan media asing untuk mengkritik dan mengutuk Malaysia – sedangkan dahulu beliau juga yang berkata media asing tidak boleh dipercayai dan ada agenda tersembunyi.

Selama berdekad, beliau mengkritik Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang kerana menggunakan media asing untuk mengutuk Malaysia tetapi kini perkara yang sama dibuat oleh Tun Mahathir.

11) Tetapi alasan Tun Dr Mahathir yang paling saya sukai adalah apabila baru-baru ini:

Beliau berkata beliau terpaksa memecat Ketua Hakim Negara dan menggantung Mahkamah Agung (Mahkamah tertinggi ketika itu) pada tahun 1988 kerana Agong murka kerana Ketua Hakim Negara membuat aduan mengenai bunyi bising ubahsuai kediaman Agong. Beliau hanya mampu memberikan alasan ini apabila Sultan Iskandar (Agong ketika itu) mangkat.

Dan saya sangat yakin alasan beliau adalah ‘valid’.

Dan bukan disebabkan Tun Mahathir yang sedang ketakutan berdepan kes mahkamah yang akan menyingkirkan beliau dari jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Inilah dia krisis perlembagaan paling menyedihkan di dalam sejarah yang menyebabkan reputasi badan kehakiman diragui hingga ke hari ini.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1741377079414412:1