Dua Bekas Pemimpin Tertinggi Negara Kian Terdesak

Pada Isnin, apabila Tun Dr Mahathir berkata Malaysia akan menjadi negara pengemis dan Muhyiddin berkata Malaysia bakal punah, ini adalah tanda yang kedua-duanya hilang kredibiliti dan menjadi insan yang sedang terdesak – sama seperti Pakcik Lim Kit Siang yang mengulang penipuan yang sama selama 40 tahun.

Pertarungan antara Muhyiddin/Mahathir dengan Najib ini tidak lebih dari sekadar perebutan kuasa. Mudah. Senang.

Ianya bukan mengenai mencari kebenaran mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion.

Mereka yang tertipu yang fikirkan ianya tentang mencari kebenaran 1MDB dan RM2.6 bilion juga patut cari kebenaran dari Tun M dan Muhyiddin mengapa Pak Lah dan Khairy Jamaluddin masih lagi bebas dan tidak pernah disiasat walaupun Tun Mahathir dan Muhyiddin membuat pelbagai tuduhan skandal dan rasuah terhadap Pak Lah dan menantunya selama bertahun-tahun.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1743494235869363