Jangan Banding Harga Getah Dengan Kandungan Getah Kering Yang Berbeza

SUARA RAKYAT MENGELIRUKAN PENGIKUT-PENGIKUT MEREKA YANG KURANG BIJAK SEKALI LAGI.

Dalam artikel terkini mereka, Suara Rakyat menyatakan bahawa harga getah cawan di Thailand (RM4.30/kg) yang dibayar kepada petani adalah dua kali ganda berbanding harga yang dibayar di Malaysia (RM2.20/kg).

Namun hakikatnya, ia melibatkan pengiraan sebut harga yang berbeza.

Di Thailand, harga RM4.30/kg adalah bagi Kandungan Getah Kering (DRC) 100%.

Manakala di Malaysia, harga RM2.20/kg adalah bagi Kandungan Getah Kering (DRC) 50%.

Harga yang diniagakan sama ada di Thailand mahupun Malaysia – sentiasa diuji berdasarkan peratusan Kandungan Getah Kering (DRC).

Maka, sebut harga bagi 100% DRC di Malaysia boleh didapati pada harga RM4.40/kg dan RM2.15/kg bagi sebut harga 50% DRC di Thailand – kedua-duanya tetap sama.

Pada link di bawah, anda dapat lihat harga bagi getah cawan 100% DRC berharga 35.50 Baht.
http://www.irco.biz/Cprices-th.php

Dan ini adalah sebut harga bagi getah cawan 50% DRC di Malaysia. http://www3.lgm.gov.my/mre/

Seperti Malaysia, Thailand tidak lagi menetapkan harga siling bagi getah kepada petani kerana ianya tidak produktif, mengganggu pasaran serta menyalahi undang-undang perdagangan bebas WTO. http://englishnews.thaipbs.or.th/pm-says-no-more-rubber-subsidies-or-price-intervention

Thailand juga telah mengambil pengajaran daripada kemelut harga siling bagi beras di mana harga beras yang terlampau tinggi menyebabkan terjadinya lebihan pengeluaran. Pada ketika itu, Thailand terpaksa menanggung kerugian berbilion dolar disamping lambakan beras dalam simpanan mereka. Lambakan ini menyebabkan harga beras jatuh merundum malah ada diantaranya terpaksa dilupuskan akibat rosak.
http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-06-05/thailand-s-rotting-rice-may-be-sold-for-animal-feed-ethanol

Malaysia dan Thailand kini membantu petani yang terjejas teruk akibat harga semasa getah dunia yang rendah dengan pelbagai inisiatif yang lain seperti bayaran tunai terus kepada petani, subsidi bagi biji benih dan baja, serta pampasan bagi setiap kilogram yang dijual apabila harga turun dibawah yang ditetapkan.

Artikel memperbodohkan rakyat oleh Suara Rakyat:
https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239.1073741828.199843990194126/547146308797224/?type=3&theater

Oleh Lim Sian See.