Jangan Tentang Kenaikan Harga Barang, Kita Patut Naikkan Kadar Pendapatan

Kenyataan yang paling bagus saya baca hari ini adalah dari Menteri KPDNKK di mana beliau berkata “Kerajaan sedang di dalam fokus untuk menaikkan pendapatan daripada menurunkan harga barang”.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, melawan menentang kenaikan harga barang atau ingin mengekalkan harga barang yang rendah sepanjang masa adalah sesuatu yang luar tabii – seperti liwat di Malaysia.

Tidak pernah lagi dalam sejarah Malaysia yang harga tidak naik di dalam tempoh sedekad ataupun setahun – dan tidak ada negara di dunia ini juga yang tidak pernah menaikkan harga.

Anda mahu status negara maju tetapi mahukan harga barangan sentiasa murah dan rendah?

Tumpuan kepada pertumbuhan pendapatan dan taraf hidup adalah lebih penting dan realistik – melainkan kita mahu kekal negara dunia ketiga yang tidak membangun yang kita selalu lawati ketika musim cuti kerana kos yang murah.

Antara sebab mengapa harga naik adalah permintaan yang tinggi. Jika tiada permintaan, harga tidak akan naik dan peniaga terpaksa mengurangkan harga sehingga permintaan muncul kembali. Ini adalah ekonomi yang asas.
——–
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kos sara hidup yang semakin meningkat sememangnya tidak boleh dielakkan.

“Tak boleh elak. Jika negara ingin menjadi negara maju, maka ianya perlu memiliki infrastruktur yang sempurna dan maju.

“Sudah tentu ada cara untuk mengimbangi cara hidup dengan harga barangan yang semakin meningkat naik,” ujar beliau ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

Beliau diminta untuk memberikan komen mengenai isu ini yang dibangkitkan oleh delegasi perhimpunan.

Beliau berkata kerajaan kini fokus untuk meningkatkan pendapatan berbanding menurunkan harga barang.

“Ada beza antara harga barang dan inisiatif untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi,” tambah beliau.

Beliau kemudiannya mendakwa kuasa untuk menurunkan harga barang tidak tertakluk kepada kerajaan.

“Bekalan dan permintaan tertakluk kepada peniaga, cumanya harga mestilah munasabah.” kata beliau.

Hamzah juga diminta untuk memberikan komen mengenai tuntutan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin supaya parti dan kerajaan menghentikan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan.

Dalam responnya, Hamzah berkata beliau memahami apabila ‘rakyat marahkan kerajaan’ kerana kenaikan harga barang.

“Tetapi anda mesti faham yang kementerian saya tidak mengawal secara langsung kesemua perkara tersebut, yang ada di negara ini,” kata beliau.

Hamzah, walaubagaimanapun, menekankan yang beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak yang berkaitan untuk memastikan sebarang kenaikan harga perlu dijelaskan dan dipersetujui oleh beliau.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1744273922458061