Kenaikan Kadar Tol PLUS Berhenti Pada Tahun 2005 Walaupun Dalam Perjanjian Patut Naik Pada 2008 Dan 2011

Apabila Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, beliau mengarahkan kajian dan penstrukturan semula perjanjian. Justeru pada tahun 2011, PLUS dan kerajaan bersetuju kenaikan kadar tol diselaraskan kepada 5% setiap 3 tahun. Dalam penstrukturan semula kadar tol tahun 2011, tiada kenaikan tol sehingga 2015.

Malah kadar kenaikan ini merupakan paling minima pernah dibuat oleh mana-mana konsesi. Kita boleh bandingkan kenaikan tol konsesi lain berpuluh peratus berbanding PLUS yang hanya akan naik 3% jika dipersetujui kerajaan.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mula dibina pada tahun 1989 dan siap pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM5.9 bilion. Kos projek ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi PLUS, kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung oleh Kerajaan. Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan terkini (2011), tempoh konsesi Lebuhraya PLUS akan tamat pada 31 Disember 2038. Setakat ini Kerajaan tidak ada perancangan untuk melanjutkan lagi tempoh konsesi tersebut.

Dalam tahun 2011, PLUS telah melaksanakan penstrukturan semula dimana PLUS terpaksa membuat pinjaman sejumlah RM30.6 billion melalui penerbitan bon. Bayaran balik faedah pinjaman telah mula pada tahun 2012 manakala bayaran pokok hanya akan bermula pada tahun 2017 sehingga 2038.

Syarikat PLUS merupakan pemegang konsesi bagi 6 lebuh raya iaitu:

• Lebuhraya Utara Selatan
• Lebuhraya Lingkaran Tengah ELITE
• Lebuhraya LINKEDUA
• Jambatan Pulau Pinang
• Lebuhraya Butterworth Kulim
• Lebuhraya Seremban Port Dickson

Melalui penstrukturan semula pada tahun 2011, hasil keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga 2014 adalah RM26 juta. Secara puratanya, 50% daripada hasil keuntungan adalah digunakan untuk membayar balik faedah pinjaman. Syarikat PLUS telah membuat pinjaman melalui penerbitan bon berjumlah RM30.6 bilion. Pinjaman ini dibuat pada tahun 2011 semasa penstrukuturan PLUS Berhad.

20-25% digunakan untuk membiayai kos operasi dan penyenggaraan, ini termasuk lebih kurang 25% jajaran yang tidak dikenakan tol.

15-20% adalah untuk kerja-kerja upgrading, termasuk pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Bukit Gambir, Kuala Kangsar, Ainsdale dan kerja-kerja naiktaraf Lorong Keempat Lebuhraya Utara Selatan.

Baki 10% adalah untuk bayaran balik kepada pemegang saham yang terdiri daripada KWSP (49%) dan Khazanah (51%).

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/tol-plus-zaman-mahathir-26-setiap-5-tahun-zaman-najib-5-setiap-3-tahun/