Kenaikan Tol PLUS Hanya Mitos, Manifesto Kerajaan Masih Dalam Landasan

Keriuhan dan keributan mengenai kenaikan tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun hadapan ialah berdasarkan perjanjian sahaja bukannya keputusan kerajaan atau PLUS lagi. Dalam jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri terbabit hanya menyatakan kandungan perjanjian bukannya KEPUTUSAN KERAJAAN.

Harga tol belum tentu naik kerana apabila tiba masanya PLUS hanya boleh membuat permohonan tetapi bergantung kepada kerajaan sama ada membenarkannya atau tidak.

Malah seperti ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Sirlin, Manifesto PRU 13 BN menetapkan pengurangan kadar tol secara berperingkat lebuh raya antara bandar. Justeru Kerajaan akan berunding dengan syarikat konsesi bagi memenuhi akujanji manifesto tersebut.

Kita lihat sejarah terlebih dahulu. Kerajaan telah beberapa kali membuat penstrukutran semula Perjanjian konsesi PLUS bagi mengurangkan kenaikan tol. Penstrukturan ini telah dilakukan sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999, 2002, 2005 dan 2011.

Pada 1999 ketika di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, kerajaan telah mengadakan rundingan semula dan perjanjian baharu menetapkan kenaikan 26% setiap 5 tahun.

Bagaimanapun pada 2005, di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, satu lagi perjanjian baharu dibuat dengan mengurangkan kenaikan kepada 10% setiap 3 tahun.

Apabila Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih pentadbiran beliau mengarahkan kajian dan penstrukturan semula perjanjian. Justeru pada tahun 2011, PLUS dan kerajaan bersetuju kenaikan kadar tol diselaraskan kepada 5% setiap 3 tahun. Dalam penstrukturan semula kadar tol tahun 2011, tiada kenaikan tol sehingga 2015.

Malah kadar kenaikan ini merupakan paling minima pernah dibuat oleh mana-mana konsesi. Sebagai contoh, dalam carta di bawah kita boleh bandingkan kenaikan tol konsesi lain berpuluh peratus berbanding PLUS yang hanya akan naik 3% jika dipersetujui kerajaan. http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/12/Peratus-TOL.jpg

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/tol-plus-zaman-mahathir-26-setiap-5-tahun-zaman-najib-5-setiap-3-tahun/