Kenapa Ketua Audit Negara Tidak Boleh Mengambil Sedikit Lagi Masa Untuk Memastikan Laporan Itu Lengkap

Kenapa Pakatan dan kem pro-Tun kini mempersoal kelewatan laporan akhir Ketua Audit Negara (AG)?

Malah ahli parlimen DAP anda merangkap timbalan pengerusi PAC juga telah berkata yang kelewatan itu adalah difahami.

“PAC melihat laporan akhir AG itu perlulah telus, menyeluruh dan adil untuk memastikan audit yang telah dijalankan adalah menyeluruh dan lengkap seperti yang dikehendaki oleh Parlimen dan rakyat.”

Timbalan pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw berkata Ketua Audit Negara mesti diberikan ruang untuk memastikan laporan akhir itu adalah berdasarkan fakta.

“Laporan itu mesti benar. Ia mesti diserahkan kepada Parlimen dan PAC secepat mungkin,” kata beliau apabila dihubungi.

Dr Tan juga mengakui yang Ketua Audit mungkin memerlukan lebih masa untuk menyiapkan laporan akhir kerana ianya merupakan audit yang menyeluruh ke atas 1MDB.

Anda semua ni pakai logik ke tak?

Jika pejabat Ketua Audit Negara cuba menutup siasatan 1MDB, walaupun laporan akhir AG itu keluar seperti yang dijadualkan atau lebih awal, ianya boleh keluar lebih awal dan berkata tiada apa yang tidak kena dengan 1MDB.

Malah, laporan itu sepatutnya keluar pada penghujung tahun tetapi memandangkan ianya telah diumumkan yang laporan itu akan keluar pada 17 Disember awalnya dan sekarang mengalami sedikit kelewatan, orang ramai mula meroyan.

Atau adakah Pakatan dan Pro-Tun mula menyebarkan syak wasangka atau cuba menghalang orang ramai mengetahui mengenai laporan ini memandangkan mereka takut dengan laporan ini, seperti yang terjadi kepada laporan awal, yang tidak menjumpai sebarang kehilangan wang dari 1MDB dan dirompak oleh Jho Low?

Kenapa Ketua Audit Negara tidak boleh mengambil sedikit lagi masa untuk memastikan laporan itu lengkap dan kesemua dokumen yang berkaitan dan bukti telah dilihat dan dimasukkan ke dalam laporan?

http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/17/ags-final-report-on-1mdb-deferred-to-later-date/

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1746238938928226