Kerajaan Terdahulu Bukan Sahaja Tidak Beri Subsidi Minyak, Malah Siap Kutip Cukai Minyak

Ini satu lagi contoh biasa persepsi yang salah.

Mahathir mencukai petrol – bukan memberikan subsidi.

Harga minyak global pada zamannya adalah rendah dan tiada keperluan untuk mensubsidi minyak, lalu beliau pun mencukai minyak.

Benar, anda telah DICUKAI untuk petrol (membayar wang kepada beliau) dan BUKAN memperolehi subsidi seperti yang anda fikirkan.

Untuk kebanyakan pada 1990an, harga RON 92 (bukan RON 95) adalah RM1.06 sen.

Apabila matawang melemah pada tahun 1998 dan harga minyak global mula meningkat pada awal 2000, Mahathir mula menaikkan harga petrol RON 92.

Dari RM1.06,

– Pada Oktober 2000, harga RON 92 dinaikkan 10 sen kepada RM1.16
– Pada Oktober 2001, naik lagi 10 sen kepada RM1.26
– Pada Mei 2002, naik 2 sen kepada RM1.28
– Sekali lagi naik pada November 2001 sebanyak 1 sen kepada RM1.29
– Dan pada Mac 2003, naik 2 sen kepada RM1.31

Dalam tempoh 3 tahun, Tun M menaikkan harga petrol sebanyak 30%. Malah petrol itu bukan petrol RON 95 yang lebih berkualiti.

Kemudian pada Oktober 2003, Tun Mahathir bersara.

http://blog.galvintan.com/malaysian-fuel-price-history/
http://www.tradingeconomics.com/commodity/brent-crude-oil

Pada ketika itu, tiada media sosial dan tiada orang merujuk di internet untuk harga minyak dan oleh itu, tiada siapa tahu apa yang berlaku.

Dan anda perlu ingat, pada zaman Mahahir, pengeluaran minyak Malaysia melebihi penggunaan – tidak seperti sekarang di mana kita adalah pengimport bersih minyak (tetapi masih pengeksport gas yang besar).

Ketika zaman Tun M, beliau memperolehi pendapatan minyak yang banyak dan cukai petrol yang banyak supaya beliau boleh terus berbelanja.

Beliau tidak perlu bimbang dengan jumlah subsidi yang semakin meningkat setiap tahun akibat jumlah kereta yang semakin meningkat dan pengeluaran minyak yang semakin menurun.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1745358312349622&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater