Ketua Audit Negara Sangkal Draf Laporan Yang Didakwa Oleh WSJ Datang Dari Beliau

Apa ni? WSJ mendakwa USD850 juta telah dimasukkan ke akaun yang salah dengan berkata ianya didapati dari draf laporan Ketua Audit Negara.

Pertama, PAC dan Ketua Audit Negara telah pun berkata beberapa hari lepas yang laporan akan ditangguhkan ke Februari maka draf laporan yang didakwa itu tidak wujud! Bagaimana WSJ boleh melihat draf laporan itu sedangkan ianya tidak wujud?

Kedua, jika benar draf laporan itu wujud, bagaimana WSJ boleh melihat dan memperolehinya?

Ada sesiapa boleh jawab?

Lebih pelik lagi, hanya beberapa minit selepas artikel itu diterbitkan oleh oleh WSJ, Sarawak Report telah menerbitkan tulisan panjang lebar mengenai perkara yang sama. Kebetulan sangat, bukan?


Jabatan Audit Negara (NAD) akan memastikan laporan akhirnya mengenai 1MDB akan dilengkapkan dan bersedia untuk dipersembahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 16 Februari 2016, tarikh akhir baru yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa parlimen itu.

Di dalam satu kenyataan, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang juga menafikan dakwaan wujud ‘draf laporan’ seperti yang disebut di dalam tulisan terbaru Wall Street Journal, dengan berkata ianya tidak wujud.

“Merujuk kepada laporan media mengenai satu artikel WSJ yang mengandungi dakwaan terhadap 1MDB yang mengaitkan satu draf report kepada kepada NAD, NAD ingin menjelaskan yang audit keatas 1MDB masih berjalan.

“Maka, tiada draf laporan yang telah disiapkan pada peringkat ini,” menurut Ketua Audit Negara.

“Sehubungan dengan itu, NAD telah dimaklumkan oleh PAC di dalam mesyuaratnya hari ini yang laporan akhir audit keatas 1MDB oleh NAD dijadualkan akan dipersembahkan kepada panel pada Februari 2016.” tambah beliau.

Di dalam pendedahan terbaru WSJ, akhbar bisnes antarabangsa itu menulis yang 1MDB telah memindahkan sekurang-kurangnya US$850 juta (RM3.7 bilion) kepada satu firma yang namanya mirip kepada sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki dana kekayaan Abu Dhabi.

Untuk menguatkan dakwaan di dalam artikel itu, akhbar US itu berkata ia telah melihat atu salinan yang didakwa sebagai ‘draf laporan’ ke atas 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara dan beberapa dokumen lain dan temubual dengan individu yang arif dalam hal ini.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1746820425536744&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater