Kuasa Politik Datang Dari Rakya, Namun Penentunya Ialah Allah

Beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Timbalan Pengerusi Tetap menghalang ucapan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya ketika berucap menyokong usul Ucapan Presiden UMNO.

Menurut sumber, ahli MT terbabit menyatakan perasaan tidak puas hati tersebut dalam Whatsapp Group MT.

Fathul Bari sebelum itu sedang memberi contoh-contoh sejarah zaman Rasullullah mengenai taat setia fitnah yang berleluasa tiba-tiba dihentikan oleh Mohd Aziz yang menganggap tidak lagi perlu lagi membentangkan sejarah Rasulullah mengenai fitnah kerana takut masyarakat umum salah faham.

Namun Fathul ketika ditemui bersangka baik dan menganggap mungkin Mohamad Aziz tersalah sangka dengan apa yang ingin beliau ucapkan.

“Saya berpendapat bahawasanya Timbalan Pengerusi Tetap mungkin salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. langsung tidak timbul soal merendah atau mengaibkan Ahlul Bait, mashaAllah tapi saya bukan Syiah, saya Ahlul Sunnah,” katanya selepas didakwa diberhentikan berhujah di PAU 2015, di Dewan Merdeka, PWTC.

Sementara itu, menurut Fathul dalam perbahasan awal, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.

“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.

“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.

Fathul yang juga Exco Pemuda Umno berkata bahawa setiap apa yang dikurniakan di dunia ini termasuk kuasa dan jawatan adalah amanah dari Allah kepada hambanya.

Setiap yang dikecap oleh barisan kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional hari ini dakwanya terjadi dengan izin Allah.

“Allah memberikan kuasa itu, kerajaan itu kepada sesiapa pun yang dia nak. Kuasa politik pada hari ini ia datang daripada rakyat, kita kena ingat, rakyat hanyalah penyebab, tetapi penentunya ialah Allah.

“Allah beri kuasa kepada Firaun, Allah beri kuasa kepada Namrud, Allah beri kuasa kepada Thalut, Allah beri kuasa kepada khalifah-khalifah Islam yang empat, Allah beri kuasa kepada kita Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir urus negara ini walaupun rakyat adalah penyebab, kita wajib beriman dan mempercayai ia datang dan pergi dengan kehendak Allah.

“Sebab itu saya tekankan, kesan kepada fitnah dan ujian ini cukup besar kepada manusia. Umar Al-Khatab, dia diuji dan kemudiannya dibunuh, Osman diuji dan dibunuh, Ali bin Abi Talib diuji kemudian juga dibunuh, kesan kepada ujian sangat-sangat besar, malah Aisyah juga diuji. Adakah ini bererti seseorang yang diuji itu bererti dia tidak baik, bererti dia zalim..tidak!

“Kita semua (hari ini) diuji dengan isu-isu di sekeliling kita, yang membantutkan perjalanan parti kita, dakwah kita,” katanya lagi.

Sumber: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/mohamad-aziz-dibidas-kerana-hentikan.html