Kutipan Cukai Korporat Dari Swasta Meningkat, Kenapa Masih Tidak Mahu Naikkan Gaji?

HARGA BARANG NAIK – MACAM MANA NI?

Isunya bukanlah sangat pasal harga barang naik.

At the end of the day, nobody can fight market forces.

Siapa pun tidak boleh melawan arus tekanan pasaran. This is a fact.

Sebenarnya, isu yang kritikal ialah kenapa gaji tak naik?

Gaji tak naik, orang kurang berbelanja.

Orang tak berbelanja, peniaga kurang bisnes.

Dan siapakah majikan terbesar di negara ini?

Saiz tenaga kerja di Malaysia di anggarkan berjumlah 16 juta sehingga 18 juta.

2 juta bermajikan dengan Kerajaan termasuklah semua penjawat awam, pekerja-pekerja agensi-agensi dan badan-badan berkanun dan anggota-anggota berseragam.

Paling banyak, lagi 1 juta bermajikan GLC-GLC.

Lagi 500,000 pekerja syarikat MNC, syarikat asing.

Yang selebihnya, paling kurang, 14 juta bekerja dengan sektor swasta atau pun self-employed.

Pusing macam manapun, majikan terbesar negara ini adalah sektor swasta.

Kenapa gaji para pekerja tidak naik sedangkan LHDN melaporkan kutipan cukai korporat dari sektor swasta mencecah rekod beberapa tahun kebelakangan ini?

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206484768731996