Maka Semua Orang Pun Mencemuh Ahmad Maslan

Ahmad Maslan sekali lagi menjadi antara pemimpin politik paling banyak mengumpul pahala apabila kenyataannya mengenai rakyat melakukan 2 kerja (meniaga online) dipetik di luar konteks sebelum disambut dengan maki hamun.

Bukannya beliau suruh mak sesiapa jadi pelacur atau bapa sesiapa jadi gigolo tapi itulah perangai segelintir pengguna media sosial di Malaysia yang macam itulah bangang jadinya.

Ada orang tanya penulis apa yang pelik dengan melakukan dua kerja, penulis kata tidak ada apa. Apa masalahnya? Berjuta orang di Malaysia melakukan dua kerja. Bidang insuran, bidang restoran makanan segera, stesen minyak dan lain-lain adalah sektor dimana paling banyak menggaji pekerja part-time yang dimaksudkan, selain perniagaan online yang disebut Ahmad sebagai melakukan 2 kerja itu.

Malah penulis tahu ramai guru dan doktor melakukan 2 kerja, pagi di sekolah/hospital, petang di klinik/pusat tuisyen. Itu 2 kerjalah kerana gaji dibayar berbeza. Ada artis botak kata kerja (work) dengan perkara (things) berbeza, who cares? Yang orang tahu, 2 kerja ialah 2 kerjalah, ada satu kerja ni dan buat satu kerja lain, itu 2 kerja.

Undang-undang pekerjaan Malaysia (Seksyen 60A Akta Pekerja 1955) membenarkan rakyat negara ini bekerja selama 48 jam seminggu atau 8 jam sehari selama 6 hari berturut-turut. Majoriti pekerja di Malaysia tidak pun bekerja selama 48 jam sehari kerana majoriti syarikat hanya beroperasi 5 hari seminggu.

Waktu rehat selama 1 jam tidak dikira sebagai waktu bekerja.

Masa yang lebih inilah dimana kerja kedua boleh dilakukan. Maksimum, undang-undang pekerjaan Malaysia membenarkan 104 jam lagi waktu kerja dilakukan dalam tempoh sebulan dibawah perkara kerja lebih masa.

Ini semua tercatat dalam undang-undang, yang bodoh saja tidak reti nak mencari, tahu nak maki. Jadi apa cerita buat 2 kerja menjejaskan pekerja kalau undang-undang negara pun dah menetapkan had? Itu pilihannya, bukan paksaan pun.

Datuk Ahmad Maslan, terima kasihlah sebab menyedarkan bahawa ada segelintir pengguna media sosial negara ni otaknya letak di lutut.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/semua-orang-islam-nak-jadi-ahmad-maslan-malam-tadi/