Mampu Atau Tidak Barisan Pembangkang Perbetul Perjanjian Konsesi Era Mahathir

Pernah disebutkan sebelum ini bahawa masalah di negara kita seperti kenaikan tol, kenaikan tambang dan sebagainya, adalah disebabkan pelbagai perjanjian konsesi berat sebelah yang diwarisi zaman berzaman dari pentadbiran terdahulu.

Konsesi ini betul betul membebankan kerajaan dan rakyat.

Sebagai contoh, kita ada perjanjian konsesi yang menyatakan harga perkhidmatan perlu dinaikkan setiap beberapa tahun sekali (atau kerajaan kena bayar pampasan), ada juga perjanjian konsesi yang menyebut kerajaan wajib membayar sejumlah wang kepada syarikat konsesi sekalipun perkhidmatannya tidak digunakan dan sebagainya.

Lambakan konsesi inilah yang memeningkan kepala pentadbiran sekarang. Bila caj, tambang atau tol terpaksa dinaikkan, semua orang marah kerajaan seolah-olahnya dalam sejarah tidak pernah ada kenaikan seumpamanya dilakukan mana-mana Perdana Menteri sebelumnya, hanya ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, tak betul tu.

Najib terpaksa menghormati perjanjian ini semua kerana dari segi undang-undangnya, ia adalah perjanjian yang sah pada waktu ia dibuat.

Jadi kalau Najib pun tak boleh nak batalkan perjanjian ini sekalipun diakui ianya berat sebelah dan membebankan, agaknya bagaimana pembangkang pulak nak melakukan perkara ini kalau mereka jadi kerajaan? Perjanjian dengan kerajaan Malaysia, bukan dengan kerajaan BN, kena ingat tu. Tidak terbatal pun perjanjian ni kalau pentadbiran bertukar tangan.

Yang kita nampak, kalau pembangkang jadi kerajaan pun, mereka akan warisi masalah yang sama dan segala janji yang ditabur masa kempen pilihanraya akan jadi sekadar itu sajalah, janji. Macam DAP sebelum dapat Pulau Pinang, kempen nak hapus tol Sg Nyior, lepas dapat kuasa (dan masih kekal berkuasa sampai sekarang), tol Sg Nyior masih ditempatnya.

Oleh yang demikian, berhentilah menipu rakyat konon nak hapus sana sini untuk kurangkan kos sara hidup. Kempen kalau minyak murah segala benda jadi murah pun dah tak dengar-dengar lagi dah.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/agaknya-bagaimana-pembangkang-nak-hapus-semua-perjanjian-konsesi-era-mahathir/