Masa Untuk NFC Saman Izzah Dan Rafizi

NFCorp menyaman Rafizi dan Nurul Izzah kerana memfitnah.

Mari kita lihat bagaimana Nurul Izzah ‘tai chi’ kesalahan ini kepada Rafizi.
——
Nurul Izzah di dalam soal balas oleh peguam Salleh, Muhammad Shafee Abdullah, berkata beliau tidak membuat penyelidikan ke atas pembelian itu kerana beliau bergantung terhadap apa yang dikatakan oleh Rafizi.

Shafee: Adakah anda ada bukti yang RM72 juta tersebut digunakan sebagai ‘leverage’?

Nurul Izzah: Apa sahaja dokumen tidak pernah dipersoalkan di dalam perbicaraan, terutamanya perjanjian pinjaman.

Shafee: Anda kata anda tak percaya yang kenyataan Rafizi adalah palsu?

Nurul Izzah: Tiada sebab untuk percaya yang ianya palsu.

Shafee: Anda mempercayai Rafizi kerana beliau adalah pengarah strategik parti dan selain bergantung kepada Rafizi, anda tidak membuat penyelidikan lain.

Nurul Izzah: Saya bergantung kepada Rafizi.

Shafee: Kesemua kenyataan tidak memberikan anda kelebihan politik terutamanya pada PRU 13?

Nurul Izzah: Tidak, kerana ketika itu saya sudah bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Nurul Izzah juga membalas beliau mengetahui perbezaan antara National Feedlot Center dan NF Corp, syarikat yang dimiliki oleh Salleh.

Pada 24 Disember 2013, Salleh dan NFC menyaman Nurul Izzah terhadap kenyataan yang dikeluarkan beliau berkaitan dengan dakwaan Rafizi yang beliau (Salleh) telah membeli 8 unit hartanah di KL Eco City dengan dana awam yang dikhaskan untuk NFC.

Dalam kenyataan balasnya, Salleh berkata kenyataan Nurul Izzah tersebut membayangkan yang beliau dan keluarga beliau telah menyalahgunakan dana NFC untuk membeli hartanah untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk kegunaan syarikat.

Hakim Hue Siew Kheng telah menetapkan 21 Januari untuk mendengar rayuan kerana plaintif dan defendan telah pun menutup kes mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/322580

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1743235425895244