Membantu Tun Mahathir Memahami Penjualan 1MDB-EDRA RM17 Bilion

Saya rasa saya perlu ‘membantu’ Tun Mahathir Mohamad bagi menjawab persoalan yang diutarakan beliau melalui tulisannya bertajuk “1MDB Keluar daripada Perniagaan Tenaga”. http://chedet.cc/?p=1924

Saya faham mengapa Tun M keliru kerana hanya lima bulan lalu, beliau juga menulis di blog yang sama: “Siapa yang mahu memiliki janakuasa mahal dan tidak untung” dan “jika 1MDB menunggu lesennya luput, ia tidak lagi bernilai.” http://chedet.cc/?p=1748

Oleh itu, saya boleh bayangkan Tun M terkejut apabila mendapati ramai pembida mahu membida RM17.3 billion untuk janakuasa yang pernah dilabelkan sebagai ‘tiada nilai’ dan ‘besi buruk’. Dan sebuah syarikat turut menandatangani untuk membelinya juga.

Dan sebelum saya habis menulis artikel ini, 1MDB telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk membantu Tun M (yang kini sudah berusia 90 tahun) menjawab ‘soalan aslinya’. Adalah afdal anda membacanya:



Kenyataan Media 1Malaysia Development Berhad.
Dikeluarkan pada 29 November 2015.
http://www.1mdb.com.my/press-release/sale-of-edra-clarification-on-false-allegations-by-tun-dr-mahathir

Penjualan Edra: Penjelasan terhadap tuduhan palsu Tun Dr Mahathir

1MDB merujuk kepada pautan blog berkaitan penjualan Edra yang ditulis YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli politik yang sudah bersara, yang masih gagal dalam pelbagai usahanya bagi mempolitikkan isu 1MDB.

Kami kesal dengan tindakan Tun Mahathir yang masih berdegil mahu mengeluarkan kenyataan tidak tepat dan salah berkaitan 1MDB yang kemudiannya dipetik oleh portal dalam talian secara tidak bertanggungjawab, tanpa analisa dan pertanyaan.

Melalui penjualan Edra kepada Kumpulan CGN, berdasarkan kepada penyataan kewangan Edra pada 31 March 2015, 1MDB akan menerima untuk ekuitinya, TUNAI sebanyak RM9.83 bilion.

Selain itu, CGN akan mengambil alih hutang dalam aset operasi Edra berjumlah RM7.43 bilion.

Selaras dengan itu, melalui penerimaan tunai dan pemindahan hutang, 1MDB akan dapat mengurangkan hutang sehingga RM17 bilion, sejajar dengan unjuran pengurangan antara RM16 bilion hingga RM18 bilion mengikut pelan rasionalisasi.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, sudah menjelaskan secara terperinci fakta ini, yang turut dilaporkan di media minggu lalu.



LSS: Untuk penjelasan terperinci, 1MDB TIDAK membayar RM18 bilion tunai untuk membeli semua penjana kuasa bebas (IPP). 1MDB sebaliknya membayar RM12.05 bilion iaitu:

  • RM8.5 bilion untuk Powertek dimiliki Ananda Krishnan
  • RM2.35 bilion untuk Genting
  • RM1.2 bilion untuk Jimah
  • Menyerap RM4.92 bilion hutang legasi

Ia menjadikan jumlah nilai pembelian adalah RM16.97 bilion. Justeru, propaganda bahawa 1MDB membeli pada harga RM18 bilion dan menjual pada RM9.83 bilion adalah salah!



Adalah penting untuk menjelaskan yang hutang sehingga RM17 bilion berjaya dikurangkan dan melepasi tunai RM2 bilion dividen yang diterima 1MDB daripada aset janakuasa terbabit ketika pemilikannya.

Ia dengan jelas, 1MDB sudah ‘balik modal’ daripada pelaburannya, melalui penawaran tender terbuka antarabangsa, biarpun terpaksa menjual aset bernilai itu ketika serangan serta tuduhan palsu daripada pembangkang dan ketua parti pembangkang, Tun Mahathir sendiri.

Jika Tun Mahathir membaca Note 29 (v) pernyataan kewangan 1MDB bertarikh 31 April 2014 yang boleh diakses oleh orang awam, beliau akan menyedari yang hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion adalah:

RM19.82 bilion adalah dalam nilai Ringgit Malaysia
RM22 bilion adalah dalam nilai Dolar Amerika. Maka, melalui pengiraan PALING MUDAH, 1MDB memiliki wang yang mencukupi untuk melangsaikan hutang dalam demonisasi Ringgit hasil wang tunai daripada penjualan Edra berjumlah RM9.83 bilion.

Manakala bagi hutang dalam demonisasi Dolar Amerika pula sebagaimana kebimbangan Tun Mahathir, berdasarkan dokumen perjanjian dimeterai dengan IPIC pada 28 Mei 2015, ia adalah hasrat 1MDB menjadikan bon jaminan IPIC RM3.5 bilion akan diselesaikan melalui ‘pertukaran hutang kepada aset’ dengan IPIC. Ia membolehkan 1MDB memindahkan kepada IPIC asetnya mencakupi tunai dalam demonisasi Dolar Amerika dan unit dana, dan sebagai pulangannya, IPIC mengambil alih USD3 bilion yang dijaminnya.



LSS: Secara asasnya, ia bermakna 1MDB sudah mengikat matawang asingnya dengan menyimpan aset dalam demoninasi Dolar Amerika bagi diselaraskan dengan hutang dalam matawang itu. Malah, jika 1MDB tunduk kepada tekanan politik daripada Rafizi Ramli dan Tony Pua apabila mereka mula menyerang 1MDB sebelum Pilihanraya Umum 2013 bagi membawa pulang USD2.32 bilion daripada Cayman, ia akan menyebabkan kerugian besar bersandarkan pertukaran matawang melibatkan jumlah RM3 bilion kerana 1MDB terpaksa melangsaikan bon 10 tahun dan kos faedah dan terpaksa ditukarkan semula kepada Dolar Amerika

Tahun 2013: USD1=RM2.96 maka USD2.32b = RM6.86 billion
Sekarang: USD1=RM4.25 maka USD2.32b = RM9.86 billion

Adakah Rafizi dan Tony menggantikan kerugian ini jika 1MDB tunduk kepada desakan politik mereka?



Tun Mahathir juga secara sengaja menulis dengan tidak menyebut tarif IPP untuk aset Edra sudah ditetapkan bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga (PPA). Secara purata berdasarkan PPA bagi janakuasa Edra, ia adalah bagi tempoh 10 tahun akan datang. Maka, tiada persoalan sama ada tarif IPP akan dinaikkan sepanjang tempoh hayat PPA, biarpun bertukar pemilik.

Tun Mahathir berterusan mengelirukan rakyat dengan kenyataan palsu. Yang paling popular ialah kenyataannya: “RM42 bilion hilang daripada 1MDB.”

Penjualan aset operasi Edra, dengan pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, jelas menunjukkan Tun Mahathir berterusan menjadi tidak relevan.

Yang kedua, Tun Mahathir berterusan dan berulang-ulang menyebut wang RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah daripada 1MDB walhal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan tiga kenyataan, TIADA DANA daripada 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.

1MDB meminta Tun Mahathir untuk menggunakan fakta dan angka yang benar bagi menyokong persoalannya dan berhenti mengelirukan serta menyerang 1MDB. Kami juga menggesa media dalam talian untuk menganalisa secara teliti dan menggunakan analisa kritikal sebelum menyiarkan kenyataan mengelirukan dan salah daripada bekas ahli politik dan sudah bersara ini.



LSS: Itu dia kenyataannya. Persoalan Tun Mahathir mengenai Edra sudah diperjelaskan secara terperinci oleh 1MDB.

Oleh Lim Sian See,
http://mynation.my/mahathir-mengaku-kepimpinan-ketika-eranya-bodoh/