Mengapa Perlu Berbahasa Lucah Untuk Mengomen Agama Orang Lain?

Lihat post di Facebook Calvin Voon: https://www.facebook.com/calvinvoon007/posts/934686459900975

Saya telah menulis berkenaan dengan isu ini apabila Tony Pua melihat ini adalah peluang beliau untuk memberikan komen yang bukan-bukan berkenaan hal ini pada tahun lepas.

Ini merupakan seorang atau dua sarjana Islam yang memberikan pandangan mereka berdasarkan tafsiran mereka mengenai Islam dalam hal berkaitan alat muzik dari Barat.

Saya mungkin tidak bersetuju dengan pandangan mereka tetapi saya hormati hak mereka memberikan pandangan mengenai agama mereka sendiri – yang tiada kaitan dengan saya atau individu yang menulis mengenainya.

Malangnya, individu ini yang cuba mengorek isu yang lebih dari setahun untuk ditulis semula nampaknya berkata tiada salah menggunakan frasa “Main klitoris pun haram lah”.

Ini sangat biadap. Ini adalah agama mereka dan sarjana agama mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

Tiada larangan dikenakan ke atas perkara ini oleh kerajaan atau badan rasmi agama. Ia hanyalah pendapat individu sarjana terbabit.

Adalah lebih baik untuk kita yang bukan Muslim untuk tidak memberikan komen terhadap hal seperti ini dan membiarkan orang Islam yang berdebat mengenainya.

Tidak perlu menggunakan ayat dan perkataan yang lucah untuk mengutuk agama orang lain atau sarjana agama mereka.

Untuk saya pula, saya tidak akan mengejek dan memberikan komen murahan mengenai agama anda dan sebagai balasan, saya harap anda pun akan melakukan perkara yang sama. Perlu hormat antara satu sama lain.

Post saya tentang Tony Pua yang terdahulu berkaitan isu yang sama: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1595201834031938

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1743618755856911&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater