Mengapa Perlu Resahkan Rakyat Dengan Berita Yang Hanya Propaganda

Nampaknya terdapat cubaan dari sesetengah blog dan media sosial untuk menipu rakyat dengan menggunakan satu keratan akhbar bertarikh 2 Disember 2013 mengenai kemungkinan kenaikan 15% tarif elektrik untuk tahun depan. INI TIDAK BENAR!
Lihat: https://goo.gl/S8Cdx7

1) Realitinya, telah pun diumumkan tarif asas elektrik tidak dinaikkan tetapi rebat yang diumumkan pada Mac 2015 telah dikurangkan dari 2.25sen/kWh kepada 1.52sen/kWh – yang menyaksikan kenaikan minimal pada bil bermula 1 Januari 2016 tetapi akan masih lebih rendah dari harga 1 Januari 2014.

2) Rebat ICPT ini hanya tertakluk kepada pengguna yang menggunakan 300kWh atau lebih dalam sebulan dan harga untuk pengguna yang guna di bawah 300kWh tidak berubah sejak 1997- yang mewakili 70.6% pengguna isi rumah di Malaysia. Dana ICPT yang membayar untuk rebat ini adalah terhasil dari penjimatan berterusan akibat kos bahan api yang rendah dan juga penjimatan dari kos IPP kerana kontrak IPP yang lebih adil.

3) Pengguna yang menggunakan elektrik di bawah RM20 sebulan akan terus menikmati rebat penuh – bermakna bil bernilai SIFAR dari 1 Januari 2016. Subsidi ini akan diteruskan walaupun ada beberapa pemimpin pembangkang berkata sebaliknya.

4) Sebab mengapa terdapat pengurangan rebat adalah kerana terdapat peningkatan kos bahan api yang melibatkan pemulihan harga gas dan arang batu – tetapi faktor utama adalah pengurangan berterusan subsidi kepada IPP dan loji janakuasa.

Harga yang dikenakan oleh Petronas untuk bekalan gas ke loji janakuasa telah naik dari RM13.70/MMBtu sebelum rasionalisasi subsidi bermula pada 1 Januari 2014 kepada RM18.20/MMBtu bermula 1 Januari 2016.

Harga sebenar pasaran untuk gas buat masa sekarang adalah RM33.00/MMBtu.

Subsidi gas untuk loji janakuasa adalah satu legasi dari hari perjanjian pembelian tenaga yang berat sebelah yang termeterai ketika Tun memulakan IPP pada awal 1990an – yang telah menyebabkan Petronas hilang berbilion ringgit di dalam bentuk pendapatan setiap tahun.

Dan perjanjian berat sebelah ini kebanyakannya telah pun tamat tempoh atau diperbaharui dengan kadar yang lebih adil di dalam tender terbuka julung kali untuk loji janakuasa pada tahun 2012 apabila 1MDB memasuki industri penjanaan kuasa.

Artikel Disember 2015: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/energy-ministry-no-change-to-2016-power-tariffs-but-peninsula-users-to-get

Artikel 2013 yang digunakan untuk putar belit:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/power-tariff-up-15pc-from-january-1

Sumber: https://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/504149639764811/?type=3&theater