Mengungkap Kembali Sejarah. Kefahaman Tun Mahathir Terhadap Perjanjian Konsesi Sangat Rendah

Mengungkap kembali sejarah, kefahaman Tun Mahathir terhadap perjanjian konsesi IPP sangat rendah, justeru mengakibatkan perjanjian konsesi yang dimeterai ketika zaman Tun Mahathir adalah sangat berat sebelah kepada IPP.

Pembangkang sudah menyerang kerajaan mengenai perjanjian berat sebelah ini dan menuduh kerajaan kehilangan beratus bilion ringgit sepanjang dua dekad dan ditanggung Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rakyat Malaysia yang membayar bil elektrik.

Ia termasuk subsidi gas berjumlah RM19 bilion setiap tahun.

Saya pasti anda sudah melihat foto ini


kerana ia tersebar luas pada masa lalu. Pembangkang sudah lama menuduh pemilik IPP sebagai kroni kepada Tun Mahathir iaitu kumpulan empat – Ananda Krishnan, Genting, YTL dan Syed Mokhtar.

Sejak 2011, Najib sudah memastikan 1MDB membeli IPP milik Ananda Krishnan dan Genting, supaya kita semua dapat menyingkir mereka daripada terus menjadi lintah darat.

Dan pada 2012, kerajaan di bawah pimpinan Najib juga menghentikan konsep rundingan terus yang diamalkan Tun Mahathir ketika eranya bagi perjanjian IPP dan memulakan proses tender terbuka.

Proses tender terbuka ini menyebabkan konsesi YTL tidak diperbaharui manakala kesemua kadar tenaga berada pada paras digit tunggal berbanding perolehan digit berganda pada zaman Tun Mahathir yang sekaligus menghapuskan perjanjian mewah dinikmati IPP Malakoff dimiliki Syed Mokhtar yang dimeterai pada zaman Tun Mahathir.

Melalui usaha kerajaan diterajui Najib, foto di atas memaparkan kumpulan empat menjadi sebahagian daripada sejarah (hitam) Malaysia.

Malah, Tun Mahathir bukan sahaja tidak memahami perjanjian konsesi IPP, perjanjian tol juga turut menerima akibatnya dan rakyat menjadi mangsa.

Ini diakui sendiri Tun Mahathir melalui blognya pada Januari 2007:http://www.thesundaily.my/node/171646

“Mengakui pentadbiran pada zamannya melakukan kesilapan dalam perjanjian konsesi tol, Tun Mahathir menggesa kerajaan hari ini untuk lebih teliti sebelum mempersetujui kenaikan kadar tol.

“Ini adalah salah satu yang perlu diperbetulkan. Apa yang ada ada dalam barisan kabinet bukanlah mereka yang berpengetahuan kerana mereka bukanlah barisan pakar tetapi ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya kadangkala bodoh,” katanya apabila diberitahu wartawan yang lima lebuhraya bertol dibina ketika pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

“Mahathir berkata perjanjian didraf oleh pegawainya dan dikemukakan kepada kabinet dan lazimnya perinciannya tiada di situ.

“Kabinet hanya memberikan kelulusan secara prinsipal dan tidak membacanya secara teliti akan implikasinya pada perjanjian tersebut.”

Sebagaimana disebut Tun Mahathir ini, beliau dan barisan kabinetnya sebagai bodoh (itu diakui sendiri Tun Mahathir) dan tidak membaca perjanjian konsesi tol sebaiknya sebelum menandatanganinya.

Tun Mahathir kemudiannya menasihatkan kerajaan selepasnya untuk tidak bertindak bodoh seperti beliau dan lebih teliti dalam menandatangani perjanjian konsesi pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak mengeluarkan kenyataan bagaimana kerajaan hari ini perlu menyelesaikan perjanjian bodoh dimeterai pada zamannya tanpa perlu membayar pampasan jika melanggar perjanjian terbabit.

Pada Oktober 2010, Najib telah mengarahkan Khazanah Nasional untuk membeli semula pengendali lebuhraya tol terbesar di negara ini – Lebuhraya Plus daripada syarikat kroni Tun Mahathir dan kini, 51% dimiliki Kementerian Kewangan dan 49% dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maka apa jua kenaikan pada kadar tol akan dikembalikan kepada kerajaan dan rakyat dan BUKAN LAGI masuk ke poket syarikat persendirian yang terdiri daripada kroni Tun Mahathir. http://www.themalaysianinsider.com/business/article/epf-khazanah-to-buy-out-plus-in-rm23b-deal

Melalui pembelian ini, kerajaan boleh melakukan rundingan semula dan menghalang kenaikan kadar tol tanpa membayar pampasan, sekaligus menghentikan kenaikan tol pada semua lebuhraya Plus ini.

Walaupun masalah perjanjian berat sebelah terbesar berjaya diselesaikan Najib bagi mengurangkan beban rakyat, masih terdapat sedozen lagi pengendali lebuhraya dengan perjanjian berat sebelah yang tidak diselesaikan lagi, terima kasih kepada Tun Mahathir dan kabinetnya yang ‘bodoh’ kerana tidak memahami atau membaca dengan teliti perjanjian konsesi tol sebelum memeterainya.

Bagi persoalan Tun Mahathir mengenai China menjamin keluar 1MDB dengan membeli Edra, negara yang kononnya ‘menjamin keluar’ 1MDB Edra adalah negara yang sama menjamin keluar Perwaja Steel pada zaman Tun Mahathir.

Tiada siapa pun merungut apabila ‘sektor strategik’ syarikat keluli negara dijamin keluar oleh China pada Julai lalu?

Tun Mahathir pun tiba-tiba berdiam diri.

Atau adakah anda mahu katakan keluli bukan sektor strategik? Jika tidak, mengapa mengeluarkan wang berpuluh bilion ringgit membinanya pada zaman Tun Mahathir dan berterusan menjamin keluar dari masa ke semasa?

Pada kes Edra, sekurang-kurangnya kerajaan memperolehi semula wangnya.

Pada kes Perwaja pula, kesemua puluhan bilion Ringgit, ‘habuk pun tak ada’, tak pernah dapat semula.

Jika 1MDB tidak menjual, anda akan katakan hutang 1MDB terlalu banyak dan RM42 bilion lesap.

Jika 1MDB jual pada harga murah, anda akan katakan 1MDB bodoh dan rugi banyak wang.

Jika 1MDB jual pada harga mahal, anda akan katakan ‘ada udang disebalik batu.’

Jika 1MDB jual pada syarikat milik kerajaan, anda akan kata ‘ini bail-out’.

Jika 1MDB jual pada syarikat asing, anda akan kata ‘oh ini jual negara.’

Bagi mengelak rungutan terlalu banyak, mungkin Tun Mahathir, Rafizi dan Tony patut beritahu dan umumkan pada dunia, hendak jual atau tidak, dijual pada harga apa dan dijual pada siapa, atau mungkin jual balik kepada Genting, YTL dan Ananda Krishnan.

Dan selepas itu, 1MDB patut ikut sahaja apa jua arahan bodoh mereka dan tidak perlu lebih bijak seperti memaksimakan nilai aset melalui penawaran tender terbuka antarabangsa.

Sebenarnya, jika Tun Mahathir masih lagi Perdana Menteri, kita belum tentu berpeluang berbicara sama ada 1MDB peroleh pendapatan, rugi atau balik modal bagi penjualan Edra. Berdasarkan rekod Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, IPP Edra akan memiliki perjanjian sampai kiamat, semuanya dengan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poket kroni, kadar berganda dan menekan rakyat.

Sumber: http://mynation.my/mahathir-mengaku-kepimpinan-ketika-eranya-bodoh/