Menjawab Tun M : 1MDB Ditubuh Dengan Modal Besar & Gagal Bayar Hutang

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

6. “Menubuhkan 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat buktikan di mana modal yang dilabur berada.”

7. “Gagal membayar faedah hutang,”

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

– Ini merupakan FITNAH dan PEMBOHONGAN. Mengikut audit oleh badan bertauliah antarabangsa pada 2014, semua wang pelaburan telah terkira.

– Tun Mahathir pernah mengatakan RM42 bilion telah lesap. Kemudiannya RM27 bilion pula lesap. Apabila 1MDB menunjukkan bukti di dalam akaunnya, beliau tidak lagi membangkitkan nombor-nombor ini.

– Sekiranya sesebuah syarikat gagal membayar hutangnya, ianya akan bankrap. Namun sehingga hari ini 1MDB tidak bankrap, malah hutangnya telah menurun dengan mendadak baru-baru ini.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-surat-terbuka-tun-dr.html