Menjawab Tun M : 2.6 bilion Derma Dari Orang Arab

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

10. “2.6 bilion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab,”

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

– Ini bukan wang peribadi PM. Dana ini diketahui pemimpin UMNO seperti Setiausaha Agung dan Bendahari. Tun juga menyelia aset UMNO berjumlah berbilion ringgit.

– Tapi kali ini saya perasan Tun tidak lagi menyatakan secara terang-terang wang ini datang daripada 1MDB seperti dahulu. SPRM mengesahkan bahawa tiada wang 1MDB yang diambil. Adakah Tun mengubah fikiran sekali lagi seperti beliau mengubah fikiran bahawa RM42 bilion dan RM27 bilion tidak hilang seperti yang difitnah beliau sebelum ini?

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-surat-terbuka-tun-dr.html