Menjawab Tun M : Membeli Tanah Kerajaan Dengan Harga Yang Amat Murah

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

8. “Membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah,”

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

– Ini kenyataan yang separuh benar. Hakikatnya tanah yang dijual kepada 1MDB dengan harga murah kerana 1MDB 100% milik Kementerian Kewangan. Transaksi seperti ini adalah umpama keluar poket kanan, masuk poket kiri.

– 1MDB tidak diberikan dana pelaburan secara tunai seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, tetapi dana mereka adalah berbentuk tanah. Tun Mahathir berikan wang untuk GLC pada zaman beliau. PM berikan tanah. Kedua-duanya adalah dana pelaburan.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-surat-terbuka-tun-dr.html