Menjawab Tun M : Meminjam Berbilion Ringgit Dan Melabur Di Luar Negara

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

5. “Meminjam berbilion Ringgit yang sebahagian besar dilabur di luar negara…”

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

– Khazanah, PNB dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain menjalankan pelaburan di dalam dan luar Negara bagi mengimbangi risiko pelaburan. Ekonomi negara-negara di dunia berkembang pada kadar yang berbeza. Pulangan pelaburan di sesetengah negara mungkin lebih tinggi dari yang lain dan pulangan ini dikembalikan kepada Malaysia dan rakyat. Namun sebahagian besar pelaburan tetap berada di dalam negara, yang dilaburkan melalui KWSP, Khazanah dan PNB.

– Malah pelaburan luar negara kini sangat membantu ekonomi Malaysia pada ketika ini. Pulangan kita dalam bentuk USD ini menjadi lebih besar nilainya apabila RM menyusut akibat tempias harga minyak mentah dunia.

– Jadi apa masalahnya melabur di luar Negara?

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-surat-terbuka-tun-dr.html