Menjawab Tun M : Menjual Tanah Kepada Institusi Kerajaan Dengan Harga 50 Kali Lebih Tinggi

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

9. “…menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi.”

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

– Ini juga kenyataan separuh benar. Institusi kerajaan yang membeli tanah ini bukan 100% milik Kementerian Kewangan, walaupun ianya di bawah penyeliaan kerajaan. Ini suatu perbezaan yang besar berbanding 1MDB, yang dananya datang dari kerajaan.

– Jadi walaupun 1MDB memperoleh tanah pada harga murah, mereka tidak boleh juga menjual tanah tersebut pada harga murah kepada syarikat yang tidak 100% dimiliki atau disumbangkan dananya oleh kerajaan, kerana badan itu akan mendapat keuntungan untuk pihak ketiga, dan bukannya kerajaan yang merupakan pemilik tanah tersebut.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-surat-terbuka-tun-dr.html