Menjawab Tun M : Penubuhan PEMANDU Untuk Menggantikan Unit Perancang Ekonomi

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

3. “Penubuhan PEMANDU untuk menggantikan Unit Perancang Ekonomi”

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

– PM telah pun menjawab tohmahan yang dikitar semula ini.

– PM menubuhkan PEMANDU sebagai badan untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) tetapi juga aspek bukan ekonomi di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang sudah tentulah tidak terletak di bawah bidang kuasa EPU, kerana ia adalah sebuah badan ekonomi.

– Bercanggah dengan apa yang dikatakan Tun, PM memberi kepercayaan yang amat tinggi kepada EPU kerana ia merupakan kunci bagi memastikan kejayaan ETP. Malah, melantik seorang daripada CEO paling berkebolehan di negara ini untuk menerajui EPU.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-surat-terbuka-tun-dr.html