Menjawab Tun M : Sokong Untuk Menguatkan Kepimpinan, Bukan Menjahanamkan Negara

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

17. “Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang… Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli,” quote blog Tun.

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

– Ini merupakan pembohongan dan manipulasi. Ahli UMNO menyokong kepimpinan demi menguatkan parti dan bukannya membuta tuli. Jikalau Tun Abdullah boleh disingkirkan kerana serangan Tun, sekiranya PM juga boleh disingkirkan kerana serangan Tun, maka sesiapa yang menjadi Presiden UMNO seterusnya akan buat selama-lamanya menjadi lemah kerana boleh disingkir oleh serangan Tun.

– Dan jikalau ahli UMNO sentiasa boleh dipengaruhi asakan Tun dan orang luar untuk membenci, menolak Presiden UMNO, maka porak perandalah kepimpinan parti pada masa akan datang.

– Oleh kerana itulah ahli UMNO memberi dorongan dan sokongan kepada kepimpinan agar saf peneraju parti sentiasa kukuh bagi meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara.

– Sebelum ini, kami masih boleh menjalankan kerja menguatkan parti dan membangunkan negara. Kami mampu menepis serangan pihak pembangkang. Namun sejak Tun mula menyerang, maka usaha kita memperkukuhkan parti dan negara semakin mencabar.

– Sudah tiba masanya Tun melepaskan tanggungjawab mentadbir negara kepada generasi seterusnya. Sesungguhnya tindakan-tindakan beliau inilah yang sebenarnya akan memudaratkan
UMNO dan negara tercinta ini.

– Hentikan segala fitnah. LEPASKANLAH.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-surat-terbuka-tun-dr.html