Merungkai Persoalan Barang Naik Dan Pilihanraya Umum

Buat masa sekarang, orang ramai menyalahkan perkara berikut kerana kenaikkan kos sara hidup:
– Kenaikan harga pengangkutan awam di KL
– Kenaikan tol di KL
– GST
– Ringgit yang lemah
– Kenaikan tarif eletrik
– Kenaikan harga Petrol

Walaubagaimanapun, sebelum PRU 13, orang ramai juga merungut mengenai peningkatan kos sara hidup dan slogan penting pilihanraya untuk pembangkang adalah BN = Barang Naik.

Tetapi 5 tahun sebelum PRU 13:
– tiada kenaikan tambang pengangkutan awam di KL
– tiada kenaikan tol di KL (malah beberapa tol telah ditutup)
– tiada GST
– ringgit kukuh (sangat kukuh)
– tiada kenaikan tarif elektrik
– tiada kenaikan harga petrol

Jadi, apa sebab kenaikan kos sara hidup sebelum PRU 13?

Jawapannya permintaan pengguna yang tinggi di dalam situasi pertumbuhan ekonomi yang baik – baik di peringkat tempatan mahupun global.

Apabila permintaan kukuh (masih lagi kukuh), harga barangan dan perkhidmatan akan turut bertambah.

Jadi dalang utama peningkatan kos sara hidup ini adalah pertumbuhan ekonomi yang baik.

Jalan paling mudah untuk harga barangan turun adalah keruntuhan dan kemelesetan ekonomi yang berpanjangan.

Maka, mahu mengekalkan harga rendah untuk jangka masa panjang sementara mengharapkan ekonomi bertumbuh dengan cepat adalah tidak realistik.

Fokus utama sepatutnya diberikan untuk meningkatkan pendapatan rakyat – dan tidak boleh dinafikan yang tahap pendapatan keseluruhan (terutamanya untuk kumpulan bawah 40%) telah meningkat sejak 6 tahun lepas.

Melawan kenaikan harga atau mengekalkan harga yang rendah untuk selamanya dan mengharapkan pendapatan akan naik tidak boleh dilakukan dan ianya di luar tabii – seperti liwat di Malaysia.

Tidak pernah ada dekad yang atau tahun dalam sejarah Malaysia di mana tiada kenaikan harga dicatatkan – dan tiada satu negara pun yang tidak pernah mengalami kenaikan harga.

Anda mahu status negara maju dan anda mahu harga selamanya murah?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1745502532335200