Nak Tunggu Serangan Baru Nak Buat Akta?

Pada tahun 2011, ISA dan Ordinan Darurat 1969 telah dimansuhkan oleh kerajaan. Kedua-dua akta ini mempunyai kuasa yang hampir tidak terbatas dan telah sebati di Malaysia selama berdekad-dekad lamanya.

Sejak dari itu, kerajaan telah menggubal beberapa akta untuk mengembalikan semula kuasa yang tidak terdapat di dalam kedua-kedua akta tadi.

Apabila SOSMA diperkenalkan, Pakatan berkata ianya ISA 2.0

Apabila Akta Perhimpunan Aman diperkenalkan, Pakatan memanggil ia ISA 2.0

Apabila pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (POCA) diperkenalkan, ianya juga dipanggil ISA 2.0

Apabila Akta Pencegahan Keganasan (POTA) diperkenalkan, ianya juga dipanggil ISA 2.0

Dan baru-baru ini, apabila Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN/NSC) telah diperkenalkan dan diluluskan di Parlimen, ianya juga dipanggil ISA 2.0 oleh kelompok dan pertumbuhan hak asasi antarabangsa yang sama seperti akta-akta yang disebutkan tadi.

Akta MKN ini membenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan satu-satu kawasan sebagai kawasan keselamatan dan apabila satu-satu kawasan tersebut diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan, pasukan keselamatan akan ditempatkan dan “boleh tanpa waran menahan sesiapa sahaja yang telah melakukan kesalahan, yang didakwa melakukan kesalahan atau pun disyaki telah melakukan kesalahan sebarang kesalahan di bawah undang-undang yang tertulis di kalam kawasan keselamatan tersebut”.

Skop dan kuasa di bawah akta MKN serupa dengan apa yang terdapat di bawah Ordinan Darurat dimana terdapat 92 ordinan darurat, 5 ke 6 akta parlimen, dan beratus perundangan subsidiari di mana memberi lebih kuasa kepada kerajaan persekutuan di bawah Ordinan Darurat dari tahun 1969-2011 – yang kesemuanya kini telah dihapuskan oleh pentadbiran Najib.

Contohnya, di bawah EO, kerajaan boleh menjadikan perkara yang terletak di bawah kuasa negeri, seperti hal tanah, menjadi hal persekutuan – sesuatu yang tidak terdapat di dalam akta MKN.

Selama 40 tahun ini, EO tidak pernah merencatkan pertumbuhan negara. Akta MKN ini akan memberikan kita keupayaan untuk melaksanakan undang-undang bersifat EO di kawasan yang tertentu sahaja dan situasi ini hanya akan berlaku jika terdapat ancaman keselamatan dan keganasan yang spesifik dan difikirkan perlu oleh MKN.

Sebarang pembaharuan tempoh pengisytiharan kawasan keselamatan itu perlu didebat dan diluluskan oleh parlimen.

Jelas, kuasa akta MKN ni kurang daripada kuasa EO. Dan tiada kawasan keselamatan yang telah disiytiharkan – tidak seperti EO di mana seluruh negara diletakkan di bawah undang-undang darurat selama 42 tahun.

Ramai yang telah terlupa yang Perancis telah melaksanakan darurat dan menutup kesemua pintu sempadannya kurang sebulan lalu selepas peristiwa serangan di Paris yang mengorbankan 130 orang.

Parlimen Perancis telah mengundi untuk melanjutkan tempoh darurat selama 3 bulan dan ada kemungkinan tempoh darurat ini akan berjalan tanpa tarikh tamat yang jelas.

Sejak pengisytiharan darurat, polis Perancis melakukan lebih 2,200 serbuan di kediaman dan premis perniagaan, menahan 232 individu, menghadkan pergerakan ramai – melarang 22 individu meninggalkan negara dan menahan 9 orang di rumah mereka, membekukan aset dan menutup 3 masjid.

Tindakan dari polis Perancis ini adalah kebimbangan yang sama seperti yang disuarakan oleh pengkritik akta MKN – tetapi yang peliknya pengkritik ini pula tidak mengkritik Perancis kerana melaksanakan apa yang akta MKN benarkan kerajaan kita lakukan.

Adakah ‘Serangan Paris’ perlu terjadi di negara kita terlebih dahulu supaya pengkritik ini akhirnya memahami mengapa kerajaan perlu melaksanakan undang-undang ini dan menutup mulut?

Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah sekiranya terjadi serangan seperti di Paris di sini, Malaysia akan mempunyai undang-undang untuk bertindak dengan cepat seperti apa yang Perancis lakukan.

Undang-undang seperti POTA, PCA, SOSMA merupakan undang-undang yang bersifat mencegah. Undang-undang MKN digubal untuk membenarkan kerajaan secara sah dan pantas, bertindak jika serangan seperti Paris berlaku dan membenarkan respon yang lebih jitu.

Walaupun pembangkang banyak kali berkata akta itu akta ini sebagai ISA 2.0, tidak dapat dinafikan akta ISA dan EO adalah lebih teruk dan tidak adil berbanding dengan undang-undang yang menggantikan kedua-dua ini – yang mempunyai bidang kuasa yang jelas dan boleh diperiksa penggunaan dan aplikasinya.

Ancaman-ancaman terbaru dan serangan di serata dunia tidak memberikan Malaysia sebarang pilihan selain dari melengkapkan diri dengan undang-undang untuk sama ada mencegah dan bertindak dengan jitu sekiranya serangan seperti ini berlaku di negara ini.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1742150912670362:0