Nasihat Kepada Adik-Adik Yang Bakal Menjadi HO (Doktor Pelatih)

Sedikit nasihat kepada adik-adik yang bakal menjadi HO (doktor pelatih) di mana-mana hospital.

1. Jika anda nak jahit luka, sila bawa katalog. Tunjukkan pada pesakit jenis jahitan apa yang mereka mahu. Kalau boleh tanya sekali, nak manik atau tak. Lepas jahit, sila iron elok-elok. Jangan nampak kedut.

Jika anda tak ikut nasihat kakanda, ianya akan diviralkan.

2. Jika anda mahu menghubungi pakar mendapatkan second opinion / bantuan, sila guna public phone. Jangan guna gajet anda untuk call, whatsapp, line dan sebagainya. Jika tidak, gambar anda akan tersebar kononnya sedang main candy crush.

Jika anda tak ikut nasihat kakanda, ianya akan diviralkan.

3. Kehidupan HO mmg mencabar, pagi-pagi kena ambil darah satu ward, lepas tu buat round, lepas tu follow round, lepas tu kena buat apa yg diarahkan ketika round. Lunch tentu tidak. Jam 3pm start round baru. Cycle yang sama. Kadang-kadang nak curi masa 5 minit untuk lelap kat meja. Sebelum lelap, tampal kat dahi kalian kerja-kerja yang kalian buat sepanjang hari. Di akhir ayat sila tulis :
“Kejutkan saya bila perlukan bantuan. Saya cuma nak lelap 5 minit sahaja. Dengan izin.”

Jika anda tak ikut nasihat kakanda, ianya akan diviralkan.

4. Jangan sesekali guna Google atau eBook atau segala aplikasi untuk membantu tugas harian anda. Bawa sahaja buku-buku tebal dalam rak anda. Jika kurang pasti, belek satu-satu buku. Bukan berat mana pun. 100 kg ja.

Jika anda tak ikut nasihat kakanda, ianya akan diviralkan.



Kesimpulan:

Kita bernasib malang kerana berada di dalam lapangan ini. Semua benda akan diviralkan.

Adik-adik kena ingat,

Setiap viral infection yang kalian rawat ada anti-viral mereka sendiri dan mudah dirawat.

Viral media sosial : – belum ada anti-viral, tidak boleh dirawat malah very infectious (merebak dengan dahsyat yang boleh menyebabkan kematian)

Ingat tu.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/aznil.hisham.1/posts/554258914741167