Page FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir, Kumpulan Penaksub Yang Selektif

Lagi sampah dari page Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir lah yang telah menandatangani perjanjian tol kroni untuk lebuhraya PLUS untuk 30 tahun dari 1988 ke 2018.

Pada tahun 1999, Tun M sendiri yang memanjangkan tempoh konsesi tol sebanyak 12 tahun sehingga tahun 2030 untuk mengelakkan kenaikan tol (yang Tun M tandatangan pada tahun 1988)

Pada tahun 2005, Pak Lah memanjangkan konsesi tol sebanyak 8 tahun lagi sehingga hujung tahun 2038 untuk mengelakkan kenaikan tol seperti yang terkandung di dalam perjanjian (yang ditandatangani pada tahun 1988).

Najib tidak pernah melanjutkan konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan PLUS dan tidak pernah sekali pun menaikkan tol.

Malah, Najib mengambil alih PLUS semula pada tahun 2011 untuk mengelakkan perkara di atas terjadi.

Puncanya adalah perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh Tun M pada tahun 1988. Malah, beliau sendiri telah mengaku bodoh dan tidak membaca perjanjian konsesi dan tidak memahami implikasinya dengan betul sebelum menandatanganinya.

Tidak perlu penyokong Tun M untuk cuba mempertahankan dan menyalahkan orang lain.

https://www.facebook.com/ILOVETUNM/photos/a.159716777433474.41152.152404861497999/1003299273075216/?type=3

http://www.limkitsiang.com/archive/2005/mar05/lks3405.htm

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1745559095662877&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater