Pandangan Peguam Tentang Kes Abang Zulkifli

INI PULA TULISAN SEORANG PEGUAM:

Assalamualaikum semua.

Izinkan saya memberi pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan abang Zulkifli ini tetapi proses undang-undang itu harus dilalui dahulu oleh abang Zulkifli sebelum keadilan ditegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yang dibenarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi, fakta ini tak boleh diselesaikan di Facebook. Abang Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yang membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan.

Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yang dituduh terhadap abang Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abang Zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abang Zulkifli. So apa jadi dengan keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yang prihatin untuk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abang zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yang dilalui oleh abang Zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yang akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz,
Peguam.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1013011228756407&id=100001426188604