Pemimpin DAP Nafi Milik Akaun FB Atas Nama Sendiri, Cuba Lari Dari Tuduhan

Kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming telah direkodkan oleh SKMM berhubung dengan satu gambar yang disiarkan di laman Facebook nya yang menunjukkan Perdana Menteri bersama dengan seorang yang didakwa sebagai pemimpin Filipina iaitu Sultan Jamalul Kiram III.

“Saya memutuskan untuk memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan walaupun gambar itu tidak disiarkan oleh saya atau staf saya, tetapi oleh seorang penyokong DAP. Laman Facebook tersebut mempunyai 400,000 pengikut.”

Ketika memberikan komen berkenaan siasatan SKMM itu, Nga berkata beliau menganggap itu adalah gangguan politik terhadap Ahli Parlimen Pembangkang dan isu yang remeh yang sengaja diperbesarkan.
——-
Nga Kor Ming yang pengecut ini berkata laman Facebook dirinya tidak dimiliki atau dikendalikan oleh beliau sendiri tetapi dikendalikan oleh seorang ‘peminat DAP’.

Dan juga, beliau berkata pihak berkuasa yang menyiasat diri beliau adalah satu bentuk gangguan terhadap pembangkang!

Wah! Senangnya memfitnah tetapi tidak mahu bertanggungjawab?

Nama laman Facebook itu bukan “Peminat Nga Kor Ming” tetapi “Nga Kor Ming”.

Kalau macam ni, YB Nga, sila mohon kepada Facebook supaya mengharamkan laman tersebut kerana ada orang lain menggunakan nama anda.

Dan sila kemukakan mana satu peminat DAP yang telah menggunakan nama anda supaya mereka boleh berdepan tindakan akibat memfitnah.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1743974562487997&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theaterhttps%3A%2F%2F