Proton Mahal Bukan Salah Kerajaan, Penasihat Proton Cuba Mengelat

Sesuai dengan kedudukannya sekarang sebagai penentang kerajaan, tidak ada apa yang elok kerajaan di mata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir. Semua pun salah kerajaan, salah Najib, sehinggakan harga kereta Proton tak boleh nak turun pun kerana Najib juga.

Kata Mahathir, kereta Proton mahal kerana kerajaan mengutip cukai sehingga 300%! Ini satu pembohongan kerana cukai eksais ke atas kenderaan yang dikenakan di negara ini hanyalah sekitar 65% hingga 125% – merujuk kepada Dasar Automotif Nasional (DAN). Datang mana pulak 300%?

Bila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenal April lepas, harga kereta sepatutnya turun 4% lagi kerana cukai jualan sebanyak 10% telah digantikan dengan GST sebanyak 6%.

Hairan bagaimana Proton tak boleh turun harga kerana banyak syarikat kereta lain boleh turunkan harga selepas GST dilaksanakan. Mungkin sebab pembekal Proton enggan turun harga mereka sebab ada pertalian saudara ke macam mana dengan Pengerusi, mungkinlah, kita tak tahu.

Tapi nak mengatakan kerajaan punca harga kereta tak boleh turun, itu tak betul. Malah nak disebutkan disini, DAN itu sendiri menyebabkan harga kenderaan yang dipasang dalam negara (CKD) turun sebanyak 30%, tak tahulah kalau kereta Proton sekarang pasang kat Zimbabwe ke mana sampai tak boleh turun harga?

Anehnya, dalam Mahathir salahkan kerajaan kerana harga Proton mahal, Proton seperti yang dipetik dari beberapa sumber, sudah menurunkan harga kenderaannya (melalui pemberian diskaun) sehingga 12%. GST tu sendiri menurunkan harga kereta Proton sebanyak 3.25%, tak caya, boleh rujuk sini. http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/proton-honda-toyota-turun-harga-1.75778

Pendek kata, ada turunlah, entah bagaimana maklumat ini tidak sampai kepada Pengerusi sehingga dia mendakwa seperti itu.

Atau mungkin maklumat sampai tapi sengaja diselewengkan kerana kesumat yang teramat sangat kepada Perdana Menteri. Benarlah kerajaan tidak lagi boleh layan Proton macam anak emas seperti mana dibawah pentadbiran Mahathir dulu, masa dah berubah, banyak keperluan lain yang kerajaan perlu beri perhatian.

Tapi jangan kerana itu bohong dan fitnah kerajaan, ingat akhirat sikit.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/kerajaan-punca-proton-mahal-mahathir-menipu-lagi/