Pusingan Akhir Untuk Ulang Semua Tuduhan Dan Meneruskan Rampasan Kuasa

Pandangan saya mengenai sesi sailang oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin (Bahagian 1)
—–
1) Sesi semalam m, mencari kebenaran atau berjuang atas nama Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Jelas semalam adalah cubaan terakhir merebut kuasa oleh Muhyiddin (atas arahan Tun Mahathir) dengan menggunakan tuduhan kitar semula yang telah lama dijawab dan disiasat yang enggan didengari dan diakui mereka.

Kesemua individu yang mahu disoal oleh pihak berkuasa telah pun disoal – termasuk Najib. Ketika Tun Mahathir memerintah, pernahkah beliau disoal siasat walau sekali pun? Adakah dalam tempoh 22 tahun itu, memang sifar tuduhan dan laporan polis yang dibuat ke atas mereka? Najib tidak seperti ini dan beliau disiasat sepenuhnya.

2) Najib mesti mesti ditahan di bawah SOSMA? Cadangan yang gila.

Najib tidak mensabotaj ekonomi seperti yang dilakukan oleh pengikut Tun Mahathir. Mereka membuat laporan di negara-negara asing hampir setiap minggu dan ini menjejaskan reputasi dan ekonomi Malaysia. Di negara-negara ini, pihak berkuasa tertakluk kepada undang-undang untuk menyiasat apa sahaja laporan yang dibuat – tanpa mengira kesahihan laporan yang dibuat itu.

Mereka tidak ingin mencari kebenaran tetapi sebaliknya ingin mencipta persepsi merosakkan terhadap pemimpin dan negara kita. Terdapat juga kebimbangan yang dokumen yang diserahkan kepada pihak berkuasa luar negara itu benar-benar dokumen sulit kerajaan yang tulen atau telah dipalsukan.

Tun M menghumban kesemua pengkritik beliau di bawah ISA tanpa perlu dicabar di mahkamah termasuklah Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO – yang kemudiannya terpaksa kita bayar dengan pampasan. Sekurang-kurangnya dengan SOSMA, penahanan boleh dicabar dan di dalam kes seperti ini, mahkamah akan membebaskan mereka sebelum dakwaan yang lengkap dibuat.

3) Muhyiddin berkata kadar penganguran telah meningkat sebanyak 22%. Apa yang Muhyiddin buat adalah membandingkan angka September 2015 (461,000) dengan September 2014 (377,000). Muhyiddin terlupa untuk menyebut yang kadar penganguran sering turun dan naik seperti di bawah:

Jul 13 = 0.421, Ogos 13 = 0.442, Sep 13 = 0.443, Okt 13 = 0.462, Nov 13 = 0.485, Dis 13 = 0.425, Jan 14 = 0.458

Kadar sebenar pengganguran adalah sangat rendah, pada 3.1% – sedangkan kadar pekerjaan telah meningkat dari 11.8 juta pekerja kepada 13.8 juta pekerja pada September 2015.

Kadar ’employment’ masih berkembang dan kadar pengganguran masih di bawah 4% – iaitu satu dipanggil sebagai oleh pakar ekonomi sebagai kadar ’employment’ penuh.

4) Tun M disiasat oleh polis bukan kerana beliau menghadiri BERSIH – iaitu satu persepsi yang cuba diwujudkan oleh Tun Mahathir untuk menampakkan diri beliau sebagai mangsa.

Beliau disiasat polis kerana beliau telah membuat satu kenyataan yang pemimpin UMNO terlibat dengan rasuah – dan tiada seorang pun dari peserta BERSIH yang melakukan ini – iaitu sebab mengapa ribuan orang ini tidak perlu memberikan kenyataan kepada polis. Apabila anda melemparkan tuduhan rasuah dengan begitu terbuka seperti ini, terutamanya yang datang dari pemimpin dihormati seperti beliau, sudah tentu polis akan bertindak.

Apabila polis menyoal beliau atas tuduhan-tuduhan tersebut, Tun Mahathir enggan menjawab soalan polis!

Sama juga apabila Tun diminta oleh pihak media mengapa beliau tidak membuat laporan polis ke atas 1MDB atau Najib setelah berbulan-bulan menuduh itu ini. Dan Tun kata beliau tiada bukti!

Hanya minggu lepas, beliau berkata tuduhan beliau terhadap 1MDB hanyalah anggapan beliau sahaja.

Inilah permainan Tun Mahathir.

5) Shafie Apdal begitu senyap dan tidak kelihatan gembira

Beliau nampaknya hanya berada di situ untuk menunjukkan muka dan tidak bercakap apa-apa. Sangat pelik untuk seorang Naib Presiden UMNO dan bekas menteri kabinet.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1743225875896199