Ringkasan Kepada Semua Masalah Yang Terdapat Pada Najib Razak

Saya tidak pernah menjangka temuramah ini memberikan ringkasan kepada kesemua masalah yang dihadapi oleh Najib Razak. Jika anda berniat ingin melawan cybertrooper, baik dari BN atau pun Red Bean Army, atau sesetengah ahli politik yang suka memberikan hujah dan kenyataan yang mengarut, hanya salin dari sini.

Ini bahagian yang saya percaya paling menarik kerana Keluarga Mr Tan dan Keluarga Mr Yeoh adalah seperti Keluarga Rothschild yang membiayai kedua-dua pihak.

[“Setiap parti politik, termasuk pembangkang memerlukan dana politik. Saya cadangkan (peraturan mengenai dana politik digubal) 4 tahun lepas tetapi ianya tidak dipersetujui pembangkang. Mereka tidak mahukannya kerana sesetengah ahli perniagaan, yang kelihatan mesra BN, mengambil ‘insuran’ dengan menyumbang kepada pembangkang.”]

Oleh Davis Tan,
https://www.facebook.com/Davis.The.EcoWarrior/posts/10153306573983157
——-
THE STAR ONLINE – Kesemua sahabat dan penyokong Datuk Seri Najib Razak selalu bercakap mengenai betapa tenangnya Perdana Menteri sepanjang tahun ini walaupun beliau kerap kali diserang Tun Dr Mahathir Mohamad. http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/10/najib-speaks-his-mind-in-candid-interview/

1) PERBALAHAN DENGAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Kami sebenarnya ok sahaja tetapi hubungan kami terlalu formal. Saya fikir beliau berasa yang beliau perlu lebih terlibat.

Tak perlu telefon, maksud saya beliau boleh berjumpa saya bila dan dimana sahaja. Datang sahaja ke pejabat, saya pasti akan berjumpa beliau.

Atau singgah ke rumah saya dan katakan ada perkara perlu dibincangkan. Macam tu lah kita bina perhubungan.

Itu yang patut diamalkan.

Saya masih menikmati hubungan yang baik dengan Pak Lah. Saya tidak pernah bertanya mengenai dana politik dengan beliau ketika saya timbalan beliau, itu adalah tanggungjawba presiden parti semenjak zaman Tunku Abdul Rahman.

Muhyiddin tidak memahami hubungan istimewa ini. Ini lah caranya kita mengekalkan kekuatan parti.

2) TIMBALAN PERDANA MENTERI BARU ANDA
Saya fikir beliau bekerja dengan bagus. (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid dan saya telah lama kenal dan banyak sejarah antara kami. Zahid melakukan banyak perkara tanpa disuruh.

Satu petang di Sidang Kemuncak ASEAN, ketika saya menonton raptai, beliau tiba-tiba hadir dan berkata, “saya ingin memberikan sokongan moral”.

Hubungan sebegini penting untuk 2 orang pemimpin tertinggi kerajaan.

Mesti ada kepercayaan dan keselesaan antara satu sama lain.

3) RASIONALISASI 1MDB
Ianya hampir selesai. Kita mampu memenuhi tarikh akhir untuk melaksanakan program rasionalisasi di dalam cara yang cukup positif.

Proses sebenar akan mengambil masa beberapa bulan kerana sesetengah perjanjian akan mengambil masa, untuk wang masuk.

Saya fikir orang ramai faham yang ini sebenarnya adalah isu perniagaan dan sepatutnya tidak terlalu dipolitikkan.

4) ANDA TIDAK BERADA DI PARLIMEN UNTUK BERCAKAP MENGENAI 1MDB
Saya putuskan ianya masalah perniagaan yang menjadi masalah politik.

Apabila ianya menjadi masalah politik, saya fikir sudah sampai masa saya jelaskan kepada perwakilan UMNO di dalam sesi tertutup.

5) TEMUBUAL ANDA DENGAN SPRM
Anda perlu bertanya sendiri kepada mereka. Saya berikan apa sahaja yang saya tahu. Mereka telah bertemu dengan penderma tersebut.

Perkara paling penting untuk disahkan adalah dana tersebut tidak berpunca dari 1MDB. Tiada undang-undang spesifik yang berkaitan dengan dana politik.

Setiap parti politik, termasuk pembangkang, memerlukan dana politik.

Saya telah cadangkannya 4 tahun lepas tetapi dibantah oleh pembangkang.

Mereka tidak mahukannya kerana sesetengah ahli perniagaan, yang keliharan mesra BN, telah mengambil ‘insurans’ dengan menyumbang kepada pakatan.

6) KEADAAN SEBENAR DERMA RM2.6 BILION ITU
Kita bukan satu-satunya. Jika mereka sukakan anda dan hubungan itu bersifat peribadi, ianya akan terjadi.

Ianya bukan atas asas institusi atau parti. Ianya peribadi, sebab itu mereka tegaskan ianya perlu atas nama peribadi saya.

Ini adalah kemahuan penderma, saya tidak mahu menyinggung mereka. Ianya masuk ke akaun peribadi saya, tetapi bukanlah ianya untuk perbelanjaan harian saya.

7) KETUA BAHAGIAN DIBELI?
Sebab itu mereka terkilan dengan Tun Mahathir. Banyak laporan polis dibuat ke atas beliau.

Polis memanggil beliau untuk disoal siasat bukan kerana beliau turun Perhimpunan BERSIH, tetapi beliau mendakwa ketua bahagian telah menerima dana berjuta ringgit.

Sudah tentu, beliau enggan menjawab kebanyakan soalan, beliau tidak mempunyai bukti.

Jika tiada bukti, jangan tuduh.

8) APA YANG DIMAHUKAN TUN MAHATHIR SEBENARNYA?
Ianya mudah, beliau mahu Perdana Menteri yang mendengar cakap beliau.

Jika bukan kerana 1MDB, ianya berkenaan perkara lain. Jika beliau kata beliau mahukan jambatan bengkok, yes sir, saya perlu buatkan.

Beliau tidak sukakan Singapura, anda perlu berbalah dengan Singapura. Jika beliau sukakan Afrika, anda perlu pergi ke Afrika. Ini Mahathir.

Tetapi seorang perdana menteri perlu melakukan apa yang difikirkan benar. Saya tahu saya akan mencetuskan kemarahan beliau dan ianya benar-benar terjadi.

Dengan siapa lagi beliau tidak berbalah? Beliau berbalah dengan kesemua perdana menteri kecuali Tun Razak kerana usianya tidak panjang.

9) ADA PELUANG UNTUK MEMPERBAIKI HUBUNGAN DENGAN DR MAHATHIR
‘It takes two to tango’, itu sahaja yang saya nak cakap.

Tetapi untuk menari tango bukan perkataan yang sesuai. Saya fikir pertandingan gusti, baru sesuai.

10) ISU DEFISIT KEPERCAYAAN
Saya sedar mengenainya. Saya fikir isu dieksploitasi dan digambarkan dengan lebih buruk di media sosial.

Itulah persoalan persepsi, perkara separuh tepat, tetapi kita mesti berdepan dengannya.

Kita tidak boleh sekat media sosial.

Kita mesti menerima hakikat yang tahap pemerhatian kini lebih tinggi dari sebelumnya dan bebannya lebih kepada kesemua ahli politik, bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia.

11) ANDA KINI NAMPAK LEBIH KURUS
Benar. Saya lebih kurus berbanding sebelum ini. Saya tak makan nasi, saya ambil quinoa dan saya kerap bersenam. Saya perlu betulkan suit saya sebanyak 2 setengah inci.

Yang kelakar mengenai orang Malaysia, jika anda hilang berat badan, mereka fikir anda sakit. Mereka akan bertanya, anda ok ke?

Dan jika anda menambah berat, mereka akan cakap anda sihat. Ianya tafsiran tahap kesihatan yang salah bagi saya.

Saya tak pernah secergas ini. Saya akan terus berjuang, jangan risau.