RM 72Bilion Untuk Rakyat Lembah Klang Yang Tidak Dapat Dirasai Orang Di Tempat Lain

Pada tahun 1990an, kerajaan telah melabur dengan banyak untuk sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah KTM Komuter pada tahun 1995, STAR LRT pada tahun 1996, Putra LRT pada tahun 1998. ERL ke KLIA diperkenalkan pada tahun 2002 dan KL Monorail pada tahun 2003, dan perkhidmatan bas RapidKL telah diperkenalkan pada tahun 2004 untuk menyediakan jaringan bas yang komprehensif di Lembah Klang.

LRT1, LRT2 dan syarikat monorel mengumpul hutang yang besar dan semuanya gagal – dan akhirnya diambil oleh Prasarana.

Buat masa sekarang, kesemua perkhidmatan ini, kecuali KTM dan ERL, dimiliki oleh Prasarana dan dikendalikan oleh RapidKL.

Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, nisbah penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang menurun dari 20% pada tahun 1997 kepada 12% pada tahun 2008 disebabkan kemampuan populasi yang meningkat, akses yang lebih mudah untuk pembiayaan kenderaan dan sistem pengangkutan awam yang tidak berkesan.

Nisbah penggunaan pengangkutan awam 50% selalu digunakan sebagai penanda aras bandaraya mampan.

Bilangan kereta di Lembah Klang dijangka akan mencecah 7 juta pada tahun 2020, melainkan terdapat perubahan ke arah penggunaan pengangkutan awam.

Ini akan menjadi mimpi buruk untuk trafik – dan akan menekan KL dengan kesesakan, pencemaran dan produktiviti yang terbazir jika tidak ditangani.

Pada tahun 2009, PEMANDU menyasarkan pengangkutan awam sebagai keutamaan yang perlu diberi perhatian segera untuk menjaga dan mengawal pertumbuhan Lembah Klang. SPAD pula ditubuhkan pada tahun 2010.

Melalui penambahan pelaburan penggunaan sepenuhnya infrastruktur pengangkutan semasa, nisbah penggunaan pengangkutan awam telah naik semula dari 12% (2008) kepada 19.6% (2013) dan menjelang hujung tahun 2015, ia akan mencecah 25%.

Untuk mencapai nisbah 40% menjelang 2030, kerajaan telah komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM72 bilion (tidak termasuk bas baru, monorel baru dan tren KTM baru) – kebanyakkannya hampir siap.

Ianya adalah:
– Sambungan LRT 1 dan LRT 2 – menelan kos RM7 bilion (siap Mac 2016)
– LRT 3 – RM9 bilion (siap 2018)
– MRT 1 – RM23 bilion (siap Julai 2017)
– MRT 2 – RM30 bilion (siap 2022)
– BRT Sunway – RM634 juta (siap)
– BRT Federal – RM1.5 bilion (Siap 2018)
– MRT 3 – (tiada anggaran kos setakat ini)

Mengetahui yang LRT 1, LRT 2 dan Monorail gagal dengan teruk dan terpaksa diambil alih, saya percaya kenaikan tambang selepas 12 atau 13 tahun adalah perlu – jika anda lihat amaun yang besar untuk membangunkan infrastruktur baru yang hampir siap.

Apa yang paling tak disukai oleh rakyat Malaysia adalah ‘bail out’.

Kenaikan tambang KTM, LRT dan monorel sememangnya menjejaskan penduduk Lembah Klang tetapi penerima manfaat utama tambahan pendapatan ini juga adalah penduduk Lembah Klang.

Orang yang tinggal di luar Lembah Klang tidak menerima apa-apa dari pelaburan RM72 bilion ini – jadi adalah tidak adil untuk mereka mensubsidi penduduk Lembah Klang.

Untuk maklumat anda, RM72 bilion ini bersamaan dengan bantuan BR1M bernilai RM13,680 seorang untuk kesemua rakyat Malaysia.

Mari kita usahakan sistem pengangkutan awam yang mampan sebagai alternatif kerana Lembah Klang yang sesak dan tercemar ini tidak akan bertumbuh lagi.

Apa yang yang paling saya tak faham adalah rakyat meminta lebih banyak pengangkutan awam diwujudkan dan apabila sambungan LRT 1, LRT 2, MRT 1, MRT 2 diumumkan, kesemua bersorak dan mengucapkan syabas kepada kerajaan.

Tetapi apabila ditanya siapa yang keluarkan kos, semua senyap atau marah.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1743937149158405