Siapa Perdana Menteri Yang Melesapkan 73 bilion Wang Negara?

Nada angkuh dan berulang-ulang Tun Mahathir Mohamad dalam mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, seolah-olah memberi bayangan 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dulu, segalanya sempurna dan cantik-cantik belaka di negara kita ni.

Terlalu banyak masalah sebenarnya kalau nak dicakapkan, ramai orang hari ini pun tahu cuma tidak larat mahu singkap satu-satu.

Bercakap tentang duit negara saja, secara RASMI (tepat dari sumber) 22 tahun jadi Perdana Menteri, pentadbiran Mahathir melesapkan sebanyak RM73 billion wang negara. Pecahannya adalah seperti berikut:-

Kerugian BMF – RM10 bilion
Kerugian Forex – RM33 bilion
Kerugian Perwaja – RM10 bilion
Kerugian MAS – RM20 bilion
Jumlah Besar – RM73 bilion

Ini yang rasmi, ada lagi yang tidak rasmi tapi kerana platform ini platfom fakta saja, maka ketepikanlah yang tidak rasmi tu dulu. Benar, Barry Wain tulis RM100 billion tetapi rasmi yang kita sebutkan ini – RM 73 bilion SAHAJA dulu.

Perlu dikatakan disini, berpuluh bilion tu semua dah lesap. Lesap bukan seperti hutang, lesap maksudnya lesaplah. Boleh dijawab bagaimana sekalipun, lesap tetap lesap juga, apa gunanya lagi?

Kenapa ia tidak jadi isu pada waktu itu, seperti mana sekarang, hanya satu sebab – Facebook, Twitter dan media sosial yang lain masih tidak wujud, jika tidak, bak kata orang putih (yang telah dialih bahasa), Perdana Menteri pada waktu itu boleh “mati berdiri”.

Ini baru betul LESAP duit rakyat, bukan HUTANG RM42 bilion itu (sudah dapat balik RM18 billion dari penjualan Edra saja). Macam itu punya banyak lesap pun masih nak berlagak dengan mengatakan orang lain tak kena itu dan ini.

Dengan Najib dah menjawab isu hutang RM42 bilion itu, sekarang kita nak Mahathir jawab pasal RM73 bilion ini sekarang, beranikah?

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/rm-73-billion-lesap-di-zamannya-masih-mahu-tunjuk-angkuh/