Tahukah Anda Mengenai Projek Tambakan Misteri Di Pulau Pinang

Projek tambakan laut mega seluas di persisiran pantai Permatang Damar Laut di selatan Pulau Pinang seluas 4,100 ekar sedang dalam Kajian Kebolehlaksanaan oleh Konsortium SRS.

Konsortium SRS adalah syarikat usahasama yang telah dilantik oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai PTP projek Penang Transport Master Plan (TMP). TMP dianggarkan akan melibatkan kos berjumlah RM27 billion untuk dilaksanakan.

Projek Tambakan ini akan membentuk 2 buah pulau buatan manusia, sebuah pulau seluas 2,000 ekar dan sebuah lagi 1,300 ekar, manakala pulau ketiga seluas 800 ekar akan dikenalpasti lokasinya kemudian. Kawasan yang siap ditambak nanti akan menjadi milik kerajaan negeri sepenuhnya. Kerajaan negeri kemudiannya akan menender tanah yang ditambak ini untuk menjana sumber kewangan bagi membiayai kos TMP.

Kawasan pembangunan di atas tanah tambakan ini akan diberi nama SRS Smart City sempena nama kontraktor yang akan menjalankan kerja-kerja penambakan tersebut.

Pelik kan? Tanah milik penuh kerajaan negeri tetapi dinamakan sempena nama kontraktor pelaksana projek? Kenapa tidak dinamakan Pulau LKS?

Persoalan kedua, pihak manakah yang akan membiayai kos menambak kawasan laut berkenaan?

Persoalan ketiga, bagaimanakah agihan keuntungan dari penjualan tanah yang ditambak?

Apakah nisbah agihan di antara kerajaan negeri dan Konsortium SRS sekiranya keseluruhan kos ditanggung oleh SRS?

Apakah SRS akan dibayar dengan lot-lot tanah yang telah siap ditambak nanti?

Perbandingan tebus guna tanah pentadbiran BN dengan DAP:

Oleh Azizi Safar,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1016027178438515&set=a.279941132047127.62368.100000937283255&type=3