Tahukah Anda PTPTN Itu Percuma Jika Anda Dapat Ijazah Kelas Pertama?

Seorang peminjam pinjaman PPTN akan ditukarkan pinjamannya kepada geran jika beliau mendapat ijazah kelas pertama.

Seorang wakil Mahasiswa Nasional menyarankan syarat ini dilonggarkan kepada mereka yang mendapat CGPA 3.0 ke atas juga diberi kemudahan ini.

Alasannya?

Kerana yang menikmati geran ini adalah kebanyakannya bukan-Bumiputera.

Ditanya kenapa mahasiswa Melayu tidak dapat ijazah first class, beliau menjawab kerana “bercinta” dan “kuat berpolitik”.

Mahasiswa muda ini tidak faham, syarat penukaran pinjaman kepada geran tersebut adalah suatu insentif dan bukannya habuan untuk mereka enjoy.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206425941781359