Tambang ERL, Legasi Konsesi Menekan Rakyat

Nampaknya, jika anda tidak ingin membenarkan ERL untuk menaikkan tambangnya baru-baru ini, anda boleh sama ada membayar RM2.9 bilion di dalam bentuk pampasan atau membenarkan mereka untuk menyambung konsesi selama 30 tahun lagi!

Lihat video: https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1744865409065579/

Apa jenis perjanjian konsesi ni? Najib benar, ia sememangnya perjanjian yang berat sebelah. 

Satu lagi fakta yang sangat menarik mengenai syarikat ERL ini adalah 10% kepentingan ERL dimiliki oleh bekas CEO dan pengerusi PROTON melalui sebuah syarikat proksi. Nampaknya, modal berbayar syarikat ini hanyalah RM1 juta. Boleh tahan – RM1 juta boleh dapat 10% kepentingan ERL.

Patutlah Tun Mahathir cakap pada tahun 2007 yang beliau dan ahli kabinet beliau bodoh dan tidak membaca dan memahami perjanjian konsesi secara menyeluruh sebelum menandatanganinya.

Malah beliau turut menasihati kerajaan untuk tidak mengulangi ‘kesalahan’ beliau – tetapi terlalu banyak kesalahan legasi jangka panjang ini yang berterusan menghantui kita. http://www.thesundaily.my/node/171646

Harapnya Najib melakukan apa yang sepatutnya untuk menyelesaikan kesilapan-kesilapan ini dan tiada yang merungut mengenainya walaupun beliau telah menyelesaikan beberapa dari kesalahan itu.

Dan sudah pastinya bukan setakat memberikan kad diskaun. Penyelesaian jangka panjang yang jitu diperlukan di dalam isu ERL ini dan perjanjian konsesi lain yang berat sebelah.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1744865409065579/