Teruk Sangat Ke ‘Budak-Budak Praktikal Ni’?

DOKTOR PELATIH BUKAN ROBOT!

Teruk sangat ke ‘budak-budak praktikal ni’?

Saya sebut ‘budak praktikal’ sebab ungkapan inilah yang diberi oleh salah seorang penulis di Facebook setelah begitu marah dengan doktor-doktor pelatih ini.

Sebelum nak marah-marah mereka, anda tahu tidak bahawa:

Mereka perlu bekerja berjam-jam lamanya di hospital. Ada department yang memerlukan mereka bekerja sehingga 36 jam secara terus. Ada yang ikut shift pun terpaksa bekerja hampir 14 jam sehari!

Pernahkah anda berada di tempat mereka? Pernah anda cuba untuk selami dan cuba berada di tempat mereka?

Ketika tenaga yang ada terlalu sedikit, tubuh serasa teramat letih dan mungkin terpaksa menghabiskan masa-masa yang ada di wad, mereka dimarah, diherdik, disuruh-suruh itu ini. Tidak kira terpaksa melayan kerenah-kerenah ‘istimewa’ kita sebagai keluarga pesakit.

“MEREKA CUMA NAK KAN TITTLE DR JE KAT DEPAN TUH!”

Tahukah anda yang mereka ini tak dibayar sesen pun untuk kerja-kerja lebih masa mereka itu, melainkan sedikit elaun tambahan sebagai houseman berbanding kami yang mungkin menerima beratus-ratus untuk sehari oncall sahaja?

Saya kata begini sebab saya pernah berada di tempat mereka dulu. Saya faham apa yang mereka rasa.

Saya percaya dan saya yakin tak ada antara mereka yang sengaja hendak buat silap. Mereka dah buat yang terbaik. Itulah yang terbaik dari mereka.

Human make mistake! Kita pun pernah buat salah kan?

Tahukah anda bahawa dalam satu-satu hari itu hanya ada seorang saja doktor pakar yang oncall di satu department selepas office hour, untuk cover round memantau satu hospital!

Kalau setiap pesakit yang datang ke hospital kerajaan mahukan rawatan daripada pakar perubatan, adakah anda rasa ia mampu untuk ditunai?

Sedarkah anda sebelum saya, sebelum doktor-doktor pakar menjadi seperti hari ini, kami terpaksa juga melalui zaman ‘housemanship’, zaman doktor-doktor pelatih yang sering orang hari ini pertikai, yang ramai orang tak mahu rawatan daripada mereka.

Sebelum kita mampu berlari, kita perlu bertatih, dan belajar berjalan.

Seorang ibu yang hebat pasti pernah melalui saat dididik seorang ibu yang luar biasa hebat dulu.

Doktor-doktor pelatih ni ada hati, ada perasaan, punya naluri….

Apa perasaan anda apabila anak anda, yang anda didik elok-elok, hantar belajar tinggi-tinggi, jadi doktor. Kemudian takdir Tuhan, anak anda juga diherdik, dicaci dan dimarah seperti mereka.

Ya… mereka perlu berlatih, belajar. Tak ada orang yang lahir-lahir terus ‘pandai’ dalam segala hal. Mereka mesti bergelar ‘Doktor perubatan lepasan siswazah’ untuk mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman sebelum digelar ‘pakar’.

Mereka bukan robot! Ya..anda berhak untuk marah, untuk rasa tidak puas hati terhadap servis di hospital kerajaan, terhadap rawatan daripada doktor-doktor pelatih ini.

Tapi, ini sahaja yang kita mampu, ini saja yang negara kita ada… tak ada orang yang sengaja nak buat silap.

Menegur untuk membina tak apa, tapi jangan menghina.

Takut-takut yang dihina itu suatu masa nanti bergelar ‘pakar’, mana tahu kita terpaksa melutut di depan mereka nanti….

Siapa tahu…

Oleh Dr Ezairy M.Sallih,
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=539505852827023&id=445828535528089