Tun M Begitu Sayangkan Proton Hingga Najib Diasak Tanpa Diberi Peluang

Pada Mac 2015, Tun Mahathir menulis di dalam blognya menggambarkan seolah-olah Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Naib Tun Razak, telah terbabit dalam “mengambil” wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahathir menulis mempertikaikan kekayaan anak tiri Mohd Najib dan cuba mengaitkan kekayaan Riza dengan perniagaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Namun, MYKMU telah menerbitkan berita bahawa Filem Anak Tiri Najib Untung USD 200 juta yang sekaligus bukan sahaja menafikan tuduhan Mahathir malah menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut sering mendapat maklumat yang salah. http://www.mykmu.net/2015/03/filem-anak-tiri-najib-untung-usd-200-juta/

Biarpun sekian banyak jawapan diberikan Mahathir mengenai 1MDB, beliau sentiasa mengulangi soalan yang sama dan menyatakan kerajaan tidak menjawab soalan beliau.

Berbanding 1MDB, Proton yang dilindungi oleh kerajaan selama 30 tahun dengan puluhan bilion dana diberi secara langsung tidak pernah dipersoal. http://www.mykmu.net/2015/12/kerajaan-belanja-rm-30-bilion-untuk-proton/

Sekarang kita berharap Tun turut menjawab soalan orang lain seperti mana orang menjawab soalan beliau. Proton dilaporkan telah melakukan penjualan kereta bernilai RM 200 bilion sejak pengeluaran pertama. Apakah ada kepentingan tertentu Tun dalam penjualan bernilai RM 200 bilion itu?

Tun begitu melindungi Proton sehingga sanggup menjatuhkan Perdana Menteri demi Proton (Lihat kes MV Agusta dan sekarang isu suntikan dana).

Tun menyatakan Proton ialah satu kepentingan strategik nasional yang perlu dipertahankan. Hakikatnya ratusan negara tidak menjadi pengeluar kereta dan kepentingan strategik mereka tidak pernah terancam.

Justeru ramai yang tertanya-tanya apakah Tun mempunyai kepentingan peribadi dalam hal proton ini seperti mana isu IPP?

Semalam seorang Naib Presiden Perkasa menghantar mesej kepada ramai orang bahawa Proton banyak membantu vendors Melayu dalam industri automotif. Ini kita tidak nafikan dan ia adalah sumbangan terpenting proton. Cuma jika ditanya lebih mendalam, siapakah vendors Melayu paling untung sekali sehingga Tun bermati-matian mempertahankan Proton?

Bukankah Yasmin Jurumuda Sdn Bhd merupakan vendors terbesar Proton dengan menjadi pembekal tunggal “anti-rust” atau “rust proofing” kepada semua kereta Proton?

Yasmin Jurumuda Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Yasmin Group? Boleh Tun maklumkan kepada umum siapakah Yasmin Group ini kepada Tun? Bukankah Yasmin Group ini milik anak saudara Tun dan kerabat Tun?

Berapa bilion pendapatan Yasmin Jurumuda hasil dari menjadi pembekal tunggal rust proofing kepada Proton ini? Inikah yang Tun cuba lindungi dengan melindungi Proton?

Tulisan ini bukan bertujuan merosakkan imej Tun, mahupun perniagaan bumiputera seperti Yasmin Group. Cuma Tun sekarang ini sudah keterlaluan dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, sehingga mereka-reka cerita mengenai 1MDB tanpa segan silu.

Jika Tun sanggup fitnah anak tiri Perdana Menteri, mungkin Tun juga perlu menjawab persoalan mengenai pembabitan suku-sakat Tun dengan Proton selama 30 tahun ini.

Berapa bilion dikaut oleh Yasmin Group dari Proton sehinga hari ini? Apakah ini yang Tun cuba lindungi?

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/dari-rm-200-bilion-wang-proton-berapa-masuk-kepada-tun-mahathir/