Adalah Jelas Di Bawah Peraturan Kerajaan Yang Pegawai Kerajaan Tidak Patut Dilihat Terlibat Dengan Politik

Jika Syed Saddiq betul-betul mempercayai keluhuran institusi dan benar-benar menghormati institusi beraja di Malaysia, maka beliau sepatutnya meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pertimbangan yang telah dilakukan oleh institusi itu, institusi yang beliau telah pilih untuk beliau pertahankan.

Menjadi pendebat yang bagus tidak bermakna anda memahami undang-undang dan prinsip pengasingan kuasa di bawah perlembagaan Malaysia.

Sebagai contoh, Perdana Menteri tidak boleh memecat Peguam Negara.

Di bawah Artikel 145 (5) Perlembagaan Persekutuan:

(5) Subjek klausa (6), Peguam Negara akan terus bertugas selagi mana ianya diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, dan boleh, pada bila-bila masa meletak jawatan dan, kecuali beliau adalah ahli kabinet, akan menerima gaji yang mana telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.

(6) Mereka yang memegang jawatan Peguam Negara sebelum peruntukkan di dalam artikel ini berkuat kuasa akan terus menjawat jawatan Peguam Negara dengan syarat yang sama, seperti yang terletak ke atas mereka yang menjawat sebelum atau selepas arikel ini berkuatkuasa, dan. tidak boleh dipecat dari jawatannya, kecuali di dalam situasi yang sama dan dalam keadaan yang sesuai seperti Hakim Mahkamah Rayuan

Tambahan, Tan Sri Gani yang didakwa sebagai ‘mangsa’ tidak berkata apa-apa selepas beliau ditamatkan perkhidmatan. Biar kita serahkan sahaja kepada beliau, untuk berkata sama ada beliau ditamatkan perkhidmatan dengan adil atau tidak.

Dan jika anda benar-benar mempercayai keluhuran institusi, maka anda patut mempercayai pertimbangan polis dan Peguam Negara untuk menentukan apakah undang-undang yang sesuai untuk mendakwa seseorang dan sama ada SOSMA boleh digunakan.

Dua orang yang telah didakwa telah pergi ke pelbagai negara untuk membuat laporan dan dengan pengakuan mereka sendiri, mereka telah menyerahkan pelbagai dokumen kepada agensi asing.

Setiap kali mereka melawat negara asing ini, publisiti yang buruk terhadap Malaysia terjadi. Ini terjadi ketika harga komoditi dunia merudum dan kelembapan ekonomi dunia.

Adakah melindungi ekonomi negara dan sumber pencarian kita kurang penting berbanding dengan membenarkan 2 orang individu menyerahkan dokumen yang diperolehi secara tidak sah kepada agensi asing setiap minggu lalu menjejaskan keyakinan pelabur asing?

Saya juga ingin bertanya adakah anda prihatin dengan kertas siasatan yang sulit yang telah jatuh secara terpilih ke tangan Wall Street Journal dari agensi kerajaan?

Untuk BNM, isunya adalah sesetengah borang telah tidak diisi dengan betul dan ini berlaku bertahun lepas. Mereka telah memberikan kelulusan yang diperlukan ketika itu. Kesemua wang yang terlibat telah pun dikira semula melalui pertukaran aset-hutang. Kes ini langsung tidak kuat, maka Peguam Negara tidak meneruskannya. Peguam Negara telah pun menjelaskan mengapa ianya ditolak.

Dan untuk 2 orang pegawai kanan SPRM yang dipindahkan, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob. Mereka pada awalnya dipindahkan atas arahan Ketua Setiausaha Negara kerana mereka melanggar peraturan kerajaan apabila mengadakan sidang akhbar dengan pemimpin pakatan.

Adalah jelas di bawah peraturan kerajaan yang pegawai kerajaan tidak patut dilihat terlibat dengan politik. Adakah perkara ini patut dibiarkan berterusan tanpa apa-apa tindakan?

Untuk Abu Kassim pula, beliau sendiri mengesahkan beliau menjalani satu pembedahan dan tidak bertugas selama sebulan. Beliau tidak pernah diminta bercuti tau dipindahkan – tidak seperti apa yang didakwa pembangkang.