Bagaimana Mahathir Memperoleh Dana Pilihanraya

Semasa Tun M memegang jawatan Presiden UMNO, duit untuk membiayai pilihanraya diperolehi dengan tiga cara:

1. Dari syarikat-syarikat yang dimiliki oleh UMNO tetapi di pegang kroni-kroni seperti TS Halim Saad dan lain-lain. Syarikat-syarikat ini sekarang sudah ditukar kepada GLC-GLC dimiliki oleh Khazanah Nasional, untuk kesejahteraan rakyat semua. Khazanah Nasional ditubuhkan di bawah pemerintahan Pak Lah. Sekarang syarikat-syarikat ini sudah menjadi GLC dan cara ini tidak boleh digunakan lagi.

2. Dari pasaran saham. Oleh kerana fenomena “Asian Tiger Economies” di dalam dekad 90an, pasaran saham Malaysia berdentum-dentum melambung. Sesiapa di dalam pasaran saham pada waktu tahu bagaimana pasaran saham boleh di gunakan untuk meraih RM400 juta – RM500 juta dengan senang sahaja. Sekarang pasaran saham sudah tidak begitu lagi kerana pelabur-pelabur adalah lebih dari golongan institusi dan bukan lagi orang-perseorangan atau sindiket-sindiket seperti Repco Low. Maka, cara ini tidak boleh digunakan lagi.

3. Dari towkay-towkay billionaire yang akan mendapat habuan terima kasih dari Kerajaan. DSN berazam tidak mahu melalui jalan-cara ini kerana DSN mahu memberhentikan berbilion wang mengalir masuk kepada golongan ini. Maka, cara ini tidak mahu di gunakan lagi.

So how?

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206683559621644