Bandar Malaysia Tidak Akan Turuti Langkah Kegagalan Cyberjaya

Najib Razak ‘jual’ harta negara kepada China untuk langsaikan hutang 1MDB – Anina Saadudin

Tun Dr. Mahathir mula melaksanakan projek membina Cyberjaya pada tahun 1995 di mana Cyberjaya dijangka jadi Silicon Valley negara kita.

Kegawatan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1997 telah mendorong PM pada masa itu, Tun M, untuk mengarahkan Kementerian Kewangan untuk beli saham daripada Nippon (55%) dan Setia Haruman (15%).

Langkah ini mewujudkan Cyberjaya tapi bukan seperti yang diilhamkan oleh Mahathir. Kegagalan mencapai visi ini menyebabkan Mahathir untuk menggesa agar memberikan status Penduduk Tetap kepada pekerja asing yang layak selain mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mereka. (http://ow.ly/Xcx4h )

Kegagalan mencapai hasrat awal pembinaan Cyberjaya berpunca daripada kekurangan pengalaman memajukan dan membangunkan sesebuah kawasan di mana projek pembangunan seumpama ini memerlukan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang tinggi.

Kegagalan projek Cyberjaya diambil sebagai teladan oleh PM Najib dalam impian melaksanakan Bandar Malaysia.

Konsortium yang akan melaksanakan projek Bandar Malaysia ini terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC.

Cuba search di Google untuk hadam hakikat kepakaran dan reputasi syarikat luar negara yang terlibat dalam konsortium ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat tempatan.

Maka. jelas dan ketara bahawa kerjasama 1MDB-IWH-CREC ini jauh lebih baik daripada tindakan Cyberview Sdn Bhd melantik Setia Haruman, syarikat milik Tan Sri Mustapha Kamal sebagai pemaju sepenuhnya untuk Cyberjaya.

Dan, wahai Anina,

Mana boleh jual tanah kepada negara asing?

Parlimen telah memberikan kuasa kepada sebuah perbadanan yang dinamakan sebagai Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) melalui Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 (Akta 349) antara lain untuk memegang tanah-tanah milik Persekutuan yang dahulunya terletak hak kepada Ketua Setiausaha (Chief Secretary).

Pemakaian Akta 349 telah dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak melalui Modification of Laws (Federal Lands Commisioner) (Extension to Borneo States) Order 1967 [L.N. 495/1967].

Walaupun tanah Kerajaan dipegang oleh PTP, berdasarkan Perkara 86(1) PP dibaca bersama dengan Perkara 39 PP, tanah-tanah tersebut tidak boleh dilupuskan kepada mana-mana orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri.

Ini bermaksud kelulusan Jemaah Menteri masih diperlukan sekiranya PTP hendak jual tanah Kerajaan.

Fakta tertera di atas. Fitnah 1MDB jual aset negara kepada China untuk langsai hutang adalah hujah bodoh.

Kesimpulannya, Anina bodoh. Pensyarah konon.

Oleh Yuktes Vijay,
https://www.facebook.com/yuktes.vijay/posts/10156394369055065