Bertahan Bila Diketawakan, Yakin Dengan Masa Hadapan

Saya ada seorang kawan pada tahun 1995. Dia telah ke Kuala Lumpur berbekalkan RM20,000 hasil dari wang pampasan pengambilalihan tanah untuk buat sebuah Empangan di negeri saya. Dia telah membeli 4 buah rumah flat lelong di kawasan AU3 Keramat dengan membayar 10% deposit dan selebihnya dia pinjam dari bank.

Beliau tinggal di salah sebuah rumah flat tersebut dan 3 buah lagi disewakan sebanyak RM250sebulan mengikut keadaan pasaran ketika itu dan hanya cukup untuk bayar bulanan pinjaman bank tersebut.

Habis duit simpanannya dan berhutang dengan bank sebanyak RM152,000 untuk 4 buah rumah tersebut. Satu kampung bodohkan dia kerana banyak hutang.

Pada tahun 2005 harga sewa mula naik. Dia dapat sewakan rumahnya RM400 sebulan dan beliau ada lebihan RM600 sebulan hasil. Hasil dari lebihan duit tersebut beliau beli kereta kancil second hand harga RM15,000. Wang lebihan sewa rumahnya cukup untuk bayar pinjaman dan selenggara kereta tersebut.

Pada tahun 2009 dia bernasib baik kerana ada sebuah rumah teres yang dilelong di kawasan Puchong dengan harga RM100,000. Beliau bayar 10% dan hutang bank RM90,000. Beliau bayar ansuran bulanan RM600.

Hasil dari rumah sewa yang dulu 4 x RM400 = RM1,600 cukup untuk bayar bulanan 4 buah flat RM250 x 4 (RM1,000) dan RM600 untuk rumah baru yang dibelinya.

Tahun 2015, 20 tahun kemudian 4 buah rumah flatnya disewakan dengan harga RM600 sebulan ini mendatangkan hasil RM2,400 sebulan. Rumah yang dibelinya pada tahun 2009 sudah disewakan dengan harga RM900 sebulan.

Hutang RM152,000 telah habis dibayar. Jumlah rumah flat tersebut hari ini ialah RM120,00 sebuah. 4 x RM120,000 = RM480,000.

Orang kampung yang mengatakan dia bodoh dulu masih di takuk lama!

Dipetik dari Facebook : Johari Ishak

Moral: Biar orang ketawakan anda jika anda percaya pelaburan anda ada pulangan masa hadapan. Jika gagal pun anda gagal setelah mencuba. Jika berjaya anda boleh ketawa kepada mereka yang ketawakan anda hari ini.

Sumber: http://www.mykmu.net/2016/01/tahun-1995-saya-bodoh-2015-saya-dianggap-bijak/