Betapa Tidak Matangnya Peguam Negara Switzerland.

Apabila kenyataan media Peguam Negara Switzerland dikeluarkan, saya melompat ‘Whoa! Apa benda ni semua?”

Tetapi saya tidak terkejut dengan kenyataan itu, apa yang saya pelik ialah kenyataan media tersebut dikeluarkan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, walhal bukan sukar pun untuk menghubungi rakan setugasnya di Malaysia dan meminta bantuan.

Maka, apa drama ini semua, Michael Lauber?

Ahli Parlimen Geneva, Carlo Sommaruga sudah bertahun mendesak Lauber untuk mengisytiharkan keluarga Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai sebuah keluarga penjenayah terhadap dakwaan perolehan hasil balak. Aduan utama datangnya daripada Yayasan Bruno Manser.

KAITAN DENGAN BRUNO MANSER & KELUARGA SOMMARUGA

Apa kaitannya di sini? Laporan yang mencetus kenyataan di atas dibuat oleh Yayasan Bruno Manser. Yayasan inilah yang membiayai Sarawak Report. Bruno Manser dan Claire Rewcastle Brown adalah gwei los yang ‘dipilih’ untuk menjahanamkan Malaysia.

Michael Lauber pula adalah peguam negara yang dipilih dan bukan dilantik. Pejabatnya diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan dan Polis Persekutuan Switzerland yang diketuai Simonetta Sommaruga, yang juga Presiden Switzerland sehingga 31 Disember 2015.

Ya, presiden itu bersaudara dengan Carlo Sommaruga yang disebut sebelum ini. Kita imbau kembali apa yang ditulis sebelum ini.

1) Ahli Parlimen Geneva, Carlo Sommaruga sudah bertahun mendesak Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber untuk mengisytiharkan keluarga Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai sebuah keluarga penjenayah terhadap dakwaan perolehan hasil balak. Aduan utama datangnya daripada Yayasan Bruno Manser.

2) Bruno Manser adalah pembiaya utama Sarawak Report yang berterusan menyerang Malaysia dan Perdana Menteri.

3) Presiden Switzerland, Simonetta Sommaruga adalah saudara kepada Ahli Parlimen Geneva, Carlo Sommaruga

4) Peguam Negara Switzerland dipilih melalui pilihanraya dan bukan dilantik maka tindakan-tindakan untuk popular penting bagi pemilihan di negara itu.

Maka, timbullah langkah tidak profesional seorang Peguam Negara sebuah negara, bertindak mengeluarkan kenyataan media dan bukannya menghubungi terus Peguam Negara Malaysia dan ini jelas menunjukkan betapa tidak matangnya Peguam Negara Switzerland.

Dan jika anda perhatikan, terdapat satu corak serangan terhadap Malaysia. Setiap kali Ringgit mengukuh, pasaran saham mula melonjak naik, organisasi gwei lo ini akan mula mengeluarkan pelbagai dakyah atau meminta pihak bersekongkol dengan mereka mengeluarkan kenyataan.

Kita lihat keadaan ini berlaku berulang kali sejak 1MDB diserang tahun lalu.

Berikutan kenyataan media tidak profesional Peguam Negara Switzerland itu, Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengeluarkan kenyataan berikut:




PEGUAM NEGARA BERSEDIA JALIN KERJASAMA DENGAN RAKAN SETUGAS DI SWITZERLAND

KENYATAAN MEDIA PEGUAM NEGARA MALAYSIA
30 Januari 2016

1. Saya maklum akan kenyataan dikeluarkan pejabat Peguam Negara Switzerland, dan kenyataan susulan dirujuk kepada Peguam Negara Switzerland oleh sebuah akhbar Amerika Syarikat, berkaitan siasatan terhadap dua bekas pegawai 1MDB.

2. Saya dan pihak berkuasa berkaitan di Malaysia sangat serius dalam mendapatkan semua fakta berkaitan 1MDB yang turut diheret kepada pelbagai dakwaan terhadap syarikat itu. Lantaran itu, banyak siasatan dilakukan termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Audit Negara yang masih dijalankan.

3. Pihak berkuasa di Malaysia termasuk Pejabat Peguam Negara sangat komited untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa undang-undang negara asing melalui perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang boleh digunapakai. Pada masa yang sama, 1MDB juga bekerjasama terhadap siasatan dijalankan.

4. Merujuk kepada kenyataan awam pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak kami berhasrat untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mendapatkan maklumat lanjut dan bekerjasama dengan rakan setugas di Switzerland dan kami mengalu-alukan penerimaan sebarang hasil siasatan dan bukti melalui saluran biasa. Ia kemudian akan dinilai di samping hasil siasatan pihak berkuasa lain serta siasatan kami, bagi menentukan tindakan seterusnya.

5. Bertentangan dengan laporan media baru-baru ini, siasatan terhadap dana sumbangan kepada Perdana Menteri adalah berasingan daripada (siasatan) terhadap 1MDB. Pejabat Peguam Negara sudah meneliti laporan disediakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagaimana sudah dimaklumkan, tidak menemui sebarang bukti salahlaku, maka telah mengarahkan kes itu ditutup.

6. Sebarang cubaan oleh mana-mana organisasi media untuk mengaitkan kedua-dua siasatan berasingan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan memudaratkan.

TAN SRI MOHAMED APANDI ALI
PEGUAM NEGARA
MALAYSIA




Yayasan Bruno Manser tentunya sangat terdesak untuk merosakkan reputasi Kerajaan Malaysia dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir.

Tetapi saya akan tulis mengenai itu di lain hari.

Oleh Oleh Kapt (B) Rahmat Omar,
https://seademon.wordpress.com/2016/01/30/mr-lauber-lauber/
http://mynation.my/peguam-negara-swiss/