BNM, SPRM & Peguam Negara Sudah Lebih Awal Dimaklumkan Perihal 2.6b

PENGALAMAN PERIBADI SAYA.

Semasa cerita RM2.6 bilion keluar di medan berita negara, saya terlopong.

Saya terlopong kerana memikirkan bagaimana PM negara ini boleh mendapat sejumlah wang sebegitu besar di dalam akaun peribadinya.

Saya percaya itulah reaksi 99.99% rakyat Malaysia dewasa ketika itu.

Tetapi saya fikir, “Meh, kita selidik sikit. Jangan dengar cerita dari satu belah sahaja.”

Pada hari kedua, saya dimaklumkan oleh suatu sumber yang amat boleh dipercayai bahawa wang tersebut itu ada kena mengena dengan “melawan Yusuf Al-Qardawi”.

Walaupun saya banyak membaca tentang hal-ehwal politik Asia dan Barat, pembacaan saya tentang politik Timur-Tengah amatlah kurang. “Siapa Yusuf Al-Qardawi tu?”

Oleh kerana pengalaman saya di Labuan, saya juga tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang dan peraturan yang tertakluk di dalam hal-ehwal aliran wang antarabangsa.

Dari pembacaan saya, dan dari persahabatan-persahabatan saya dengan beberapa tokoh diplomat, bekas-bekas duta dan pembesar-pembesar negara, saya juga tahu bahawa perkara derma di peringkat antarabangsa adalah bukan sesuatu yang “pelik”.

Jadi saya fikir puas-puas.

Kepada sesiapa yang bertanyakan pendapat saya tentang RM2.6 bilion ini, saya memberi pendapat ianya dari Saudi Arabia dan saya tidak akan terperanjat jika Raja Abdullah juga dinasihati oleh Presiden Obama tentang derma ini. Tetapi ini adalah andaian saya sahaja, memandangkan persahabatan akrab antara mereka bertiga. Lojik juga kerana USA pun tidak suka Yusuf Al-Qardawi, yang sekarang adalah seorang “wanted man” oleh Interpol.

Adalah jelas, kepada saya, derma ini adalah sebahagian dari strategi geo-politik di peringkat global. Saya ada juga cuba menerangkan pendapat ini di Facebook tetapi, bukan saya cakap besar, ramai tidak faham.

Dua minggu lepas, di suatu majlis, saya diberitahu oleh seorang bekas ahli politik yang saya katakan berwibawa bahawa DSN memang bertanya kepada agensi sebelum DSN menerima duit derma tersebut. Tiga agensi ini adalah:

1. BNM
2. SPRM;
3. Kamar Ketua Peguam Negara.

Hanya setelah menerima “lampu hijau” dari ketiga-tiga agensi ini, barulah DSN menerima derma tersebut.

Sama ada ini benar atau tidak, wallahuallam tetapi yang saya tahu, bekas ahli politik ini “solid” orangnya.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206739401857665